Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Anak-Anak Raja Azmi Akui Ambil Masa Terima Eddie

Sebelum ini mereka melihat lepas satu, satu hubungan cinta ibu mereka, Raja Azmi Raja Sulaiman tidak berpanjang. Sementelah sebagai anak-anak, Puteri Suraya dan adik-adiknya turut bersedih. Namun perkenalan ibunya dengan pemain bass kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali atau Eddie sejak enam bulan lalu, memberi persepsi berbeza kepada mereka. Apatahlagi melihat ibu mereka yang nampak begitu bahagia lalu Suraya bersama adiknya Putera Suaida dan Megat Deli merestui hubungan pasangan itu. Pun begitu, Suraya mengakui pada mula sukar untuk menerima hubungan cinta ibu mereka itu. Tetapi lama kelamaan mereka terima malah mendesak ibunya mengikat tali pertunangan dengan lelaki yang mereka panggil dengan panggilan uncle Eddie itu. "Pada mulanya memang susah kami nak terima uncle Eddie. Kami ambil masa juga. Tapi bila kami lihat mama semakin bahagia sejak kenal uncle. Akhirnya kami fikir, asal kan mama bahagia, kami okay saja. Kami harap uncle Eddie dapat melengkapi mama. "Kira-kira dua bulan lepas mama ada aturkan temujanji makan tengahari bersama uncle Eddie. Dan ketika itulah pertama kali kami jumpa uncle Eddie dengan anak lelakinya. Sejak itu perlahan-lahan kami kenal uncle. Uncle seorang yang simple dan lemah lembut. Karakter uncle yang simple buat mama sentiasa gembira.", kata anak sulung raja Azmi, Puteri Suraya ketika ditemui pada majlis pertunangan ibunya, malam tadi. Teruja tatkala ibu mereka bakal menjadi tunangan Eddie, tambah Suraya segala persiapan majlis diaturkannya sendiri mereka tiga beradik. Oleh kerana mahu memberi kejutan pada ibunya, Suraya sendiri berusaha mengubah barang-barang hantaran.
Begitu pun, sedia maklum dengan dugaan orang bertunang, Suraya turut mendoakan agar ikatan pertunangan ibunya bersama Eddie berkekalan ke majlis ijabkabul mereka yang akan berlangsung pada 15 September depan. Dalam pada itu Suraya memberitahu bapanya, Mohd Jailani Sidek juga pernah dipertemukan dengan Eddie. Malah beliau turut dijemput pada majlis tersebut. Namun bekas jaguh kebangsaan itu tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat. "Papa juga dah pernah jumpa uncle Eddie. Papa seorang yang sporting dan terbuka. Papa juga selalu mengingatkan kami adik beradik agar sentiasa menjaga hati mama", ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, Muhammad Akid, 2 dan Muhammad Ariq, 7 bulan. {Baca lagi} Foto: Raja Azmi & Eddie Selamat Bertunang, Nikah 15 September Ini - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails