Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Apa salah saya? - Kamal Adli

* Disingkirkan atau memang Kamal sendiri yang mahu mengundur diri daripada program Hip TV itu? Bila masa pula saya undur diri? Kalau boleh saya masih mahu menjadi pengacara program itu. Saya tak tahu menahu mengenai penyingkiran sehinggalah diberitahu pihak stesen tv. Sekarang program itu dikendalikan oleh Hunny Madu dan Aidit Marcelo. * Kecewa dengan tindakan pihak stesen TV terhadap Kamal? Kecewa juga sebab saya seronok mengendalikan program itu. Setakat yang saya tahu, ramai yang memberi respons yang baik sepanjang saya dan Miera menjadi hos program. Namun paling mengecewakan, kontrak saya ditamatkan tanpa saya tahu apa penjelasannya. Tak tahu apa sebab. * Ada yang mendakwa sebab Kamal tak bagus atau dalam kata lain tak sesuai jadi pengacara Hip TV sebab tak happening? Tak pastilah. Rasanya saya dah buat yang terbaik dan sehabis happening. Kalau betul saya tak bagus, kenapa sepanjang saya dan Miera jadi hos, tak ada pula kami terima sebarang teguran? Kalau tak bagus tegurlah dan saya akan berusaha baiki apa yang kurang. Ini tidak, setiap kali saya tanya, mereka akan cakap okey, tak ada masalah, bagus. * Bila Kamal diberitahu mengenai penamatan kontrak? Semasa terlibat dalam rakaman episod terakhir program bulan lepas. * Bila isu macam ini timbul, sebagai pengacara program ketika itu, apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran Kamal selepas mendapat tahu disingkirkan daripada program yang dah sebati dengan jiwa? Terus-terang saya katakan, saya jadi bengang sekejap. Terkedu. Iyalah, saya tak tahu apa salah saya tahu-tahu saja diberitahu selepas ini tak payah lagi jadi hos program sebab ada orang lain yang ganti. Kalau nak kata saya tak buat tanggungjawab dengan baik sekali pun, beritahulah. Ini terpinga-pinga saya dibuatnya. Namun dalam masa yang sama, saya faham mungkin pihak stesen mahu buat pembaharuan dan salah satu caranya adalah dengan menggantikan hos yang baru. * Umpama habis madu sepah dibuang, adakah selepas ini Kamal enggan lagi menerima tawaran jadi pengacara? Eh! Tak adalah. Mungkin rezeki saya tak ada dengan mereka. Tapi jika ada tawaran untuk program lain, saya akan ambil. Itu semua peluang. Takkanlah sebab satu perkara, saya berterusan nak kecewa dan merajuk tak mahu jadi hos lagi. Kita tengoklah rezeki datang, saya ambil. Insya-Allah. * Selain berlakon, Kamal memang mencintai bidang pengacaraankah? Bagi saya berlakon itu adalah fokus utama. Menjadi hos pula menyenangkan hati saya. Seronok sebab kerjaya ini menarik. Untuk program info hiburan seperti Hip TV membenarkan saya menjadi diri sendiri. Boleh buat gila-gila! Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. * Ada tawaran lain dalam bidang pengacaraan selepas kontrak dengan Hip TV tamat? Setakat ini belum ada. Tapi semasa saya sibuk mengendalikan program Hip TV ada beberapa tawaran yang datang. Namun saya tolak sebab memikirkan saya ada komitmen dengan Hip TV.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails