Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Arianie mekar di hati saya - Hattan

INI bukan cerita dongeng. Bukan juga cerita yang pertama terjadi, namun ia jarang berlaku. Rasa benci yang pernah timbul suatu ketika dahulu, akhirnya tewas dengan perasaan kasih yang suci. Wajahnya berseri tak terperi. Gelom- bang suaranya juga terdengar cukup bahagia. Masakan tidak, pada usia 42 tahun, selepas sembilan tahun memegang status ibu tunggal, dia kini kembali mengulit bahagia berumah tangga. Lebih manis dan penuh magis, dia, Arianie Mohd. Abidin kembali ke dalam dakapan mantan suaminya, Datuk Shukri Sahabudin atau cukup terkenal dengan nama pentasnya, Hattan. "Pusing satu dunia pun, cuba mencari jodoh lain, jika Tuhan sudah janji- kan memang dia jodoh saya, maka saya terima dengan rasa syukur," begitu ungkapan yang keluar daripada bibir Arianie saat ditemui usai majlis akad nikahnya bersama Hattan yang diadakan di Hotel Marriott IOI Putrajaya pada Ramadan ke-15 yang lalu. Wanita tinggi lampai itu tersenyum. Dia kemudian menyambung bicara yang penuh realistik. Mengaku pada awal penceraian mereka sekitar tahun 2005, dia pernah kurang senang apabila ada yang mengatakan jodoh dia dan Hattan akan kembali bertaut. Bagaimanapun, sebagai manusia biasa, dia tidak mampu menolak peranca- ngan yang telah Allah SWT susun untuk kehidupannya. Kini, apabila akhirnya dia kembali hidup sebagai isteri Hattan, dia reda. Katanya: "Saya harus akui, pada usia seperti ini, apa lagi yang saya cari da- lam hidup? Lelaki yang sempurna? Tidak akan saya jumpa.
"Justeru, selepas saya melihat kesungguhan serta perubahan Hattan, dan saya sendiri menyayanginya, saya bersetuju untuk kembali hidup bersamanya. Doakan supaya ini menjadi perkahwinan hakiki kami." Hattan dan Arianie, masing-masing punya cebisan ceritera kehidupan yang tersendiri selama sembilan tahun hidup dalam status janda dan duda. Hattan, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Biso Bonar itu sempat berkahwin lain pada tahun 2011 dengan Noorfarah Ashikin Othman sebelum berpisah dua bulan kemudian. Arianie sendiri pernah bertunang dan ia putus sebelum sempat dia berkahwin. Justeru, apabila kini mereka kembali bersatu, ada perasaan kekok yang menyelinap dalam hati mereka. Ujar Arianie: "Saya menjadi malu untuk kembali romantik bersamanya. Sementara Hattan berkata: "Saya perlu betulkan semula kehidupan dengan fasa baharu ini." Berbeza Arianie yang nampak tenang, Hattan menitiskan air mata sebaik lafaz nikah selesai. Perasaan sebaknya tidak dapat ditahan. Luah Hattan: "Saya sebak dan sedih kerana akhirnya hajat saya untuk memperisterikan Arianie semula dimakbulkan Allah SWT. Ia macam satu mimpi yang jadi kenyataan. Inilah takdir hidup saya yang tidak saya sangka." Dengan tidak segan silu, penyanyi berusia 46 tahun itu juga memberitahu, rasa kasihnya kepada Arianie tidak pernah padam. Kerana itu dia tidak juga lelah berdoa untuk kembali hidup bersama wanita yang pernah melahir- kan zuriat untuk dirinya, Adam Iman, 15. "Senang cakap, Arianie sentiasa mekar di hati ini," ujar Hattan yang melamar mantan isterinya itu kembali hidup bersamanya dua bulan lalu. Ditanya apakah janji yang ditabur kepada Arianie agar dia kembali menjadi surinya, jelas Hattan, dia tidak me- nabur janji menggunung tinggi buat pramugari tersebut.
Sebaliknya, dia percaya, Arianie kembali menerimanya untuk menjadi imam dalam kehidupannya selepas melihat perubahan dirinya yang lebih tenang. Bercakap tentang masa depan kehidupan baharu mereka, Hattan mengharapkan agar rumah tangga yang dibina semula bersama Arianie diberkati. Apa yang penting, ujarnya, anak tunggal mereka, Adam gembira kerana kini telah mempunyai sebuah keluarga yang sempurna dan dia dapat menyatukan kembali dua buah keluarga yang memang tidak pernah putus tali persaudaraan sejak mereka berpisah dahulu. Sementara itu, Adam turut meluahkan perasaan gembiranya terhadap perkahwinan kali kedua ibu dan bapa- nya. Ditanya tentang harapannya, pantas dia menjawab: "Harap boleh dapat adik." Pada majlis pernikahan tersebut, Hattan dinikahkan oleh Pegawai Takbir Agama Daerah Sepang, Abdul Halim Mohd. Isa. Dengan dua kali lafaz, Arianie menerima mas kahwin sebanyak RM300 tanpa sebarang hantaran untuk kembali menjadi isteri Hattan. Pasangan tersebut sebelum ini berkahwin pada 17 Disember 2007 dan bercerai pada 10 Mac 2005.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails