Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Arwah Kekasih Tetap di Hati, Asmidar Belum Sedia Bercinta Lagi

Selama tujuh tahun menjalin hubungan cinta, melalui saat-saat manis dan susah bersama dengan pemuzik bernama Izzat Amir, mana mungkin kenangan-kenangan berharga itu dapat dilupakan begitu saja. Meskipun kini pemuda itu telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan pada Disember tahun lalu. Kerana bagi penyanyi Asmidar, memori-memori bersama teman lelakinya itu masih sentiasa segar diingatannya. Lantas juara Vokal Bukan Sekadar Rupa ini mengakui buat masa sekarang hatinya belum terbuka buat mana-mana lelaki. "Saya tak ada teman lelaki lagi sekarang. Belum sedia nak bercinta semula. Sebab terasa macam baru sangat arwah pergi. Saya masih belum dapat melupakan dia. Sepanjang tujuh tahun, macam-macam yang saya lalui dan kongsi bersama dia", tutur Asmidar dalam nada cuba menahan sebak, ketika ditemui pada rakaman program Melodi Raya bertempat di PWTC, malam kelmarin. Tambah pelantun lagu Biar Mimpi Sampai ke Bintang ini, ketiadaan arwah Izzat lebih terasa kerana tahun ini merupakan tahun pertama dia berpuasa dan akan beraya tanpa insan ang dicintainya itu. "Saya masih ingat lagi sewaktu Ramadan tahun lepas, dia SMS saya, ajak berbuka sama. Kata dia, "tak tahulah bila lagi kita dapat berbuka sama". Kami sempat juga berbuka bersama. Sewaktu raya, saya hanya sempat jumpa arwah di Kuala Lumpur. Selepas tu dia balik ke Johor. Dia mengalami kemalangan dan meninggal dunia. "Masa berita permergiannya tu pun saya hanya berkongsi dengan peminat di Facebook", katanya. Sibuk Jual Murtabak di Bazaar
Namun gadis berusia 27 tahun ini tetap kuat semangat menjalani kehidupannya seperti biasa. Selain sibuk dengan aktiviti seni, sepanjang bulan Ramadan ini Asmidar membantu keluarganya berniaga murtabak di bazaar Ramadan Wangsa Maju. "Kalau bukan bulan puasa pun, keluarga memang berniaga roti canai, murtabak dan nasi lemak berdekatan dengan kawasan rumah saya di Wangsa Maju. Dah lebih 20 tahun perniagaan milik keluarga saya tu. Dan tiap-tiap tahun memang kami berniaga di bazaar Ramadan di situ. Kalau tak ada show atau apa-apa undangan, boleh dikatakan hampir setiap hari lah saya ada dan membantu ayah berniaga di bazaar", katanya. Mengenai persiapan hari raya yang bakal tiba kira-kira dua minggu saja lagi, Asmidar memberitahu keluarganya memang suka membeli keperluan untuk beraya di saat-saat akhir. "Persiapan sederhana. Tahun ni warna tema baju raya kami, warna maroon. Tapi kami tak beli lagi baju dan kepeluan lain sebab memang famili suka beli last minute. Tahun lalu kami beraya di Melaka. InsyaAllah tahun ni balik Parit, Perak. Saya bercuti selama lima hari", katanya yang akan melancarkan single terbaru, Bila Cinta Ada, selepas hari Raya Aidilfitri ini. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails