Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Awi Rafael Ambil Berkat Ramadan Erat Hubungan Dengan Keluarga

Penyanyi lagu Asalkan Aku Ok! iaitu Awi Rafael akan menggunakan kesempatan kedatangan bulan Ramadan ini untuk mengeratkan hubungan dengan ahli keluarganya. Jelas Awi, 27, dia merancang untuk ke Jakarta, Indonesia dalam masa terdekat ini untuk bertemu dengan bapanya yang kini menetap di Kepulauan Bali untuk meluangkan masa bersamanya. "Ayah tinggal di Bali tetapi jika kami ingin berjumpa dia akan ke Jakarta untuk bertemu. Kesibukan masing-masing dengan kerjaya masing-masing membuatkan kami jarang berjumpa. "Tetapi saya tidak mahu melepaskan peluang mengambil keberkatan bulan Ramadan ini untuk mengeratkan silaturahim di antara kami," katanya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini. Dalam perkembangan sama, Awi berkata, dia juga akan mengambil peluang ketika berada di Jakarta untuk mencari ilham untuk material album terbaharunya selain mengintai peluang bagi melebarkan sayap ke negara itu. Jelas Awi, sebagai penyanyi dan pencipta lagu dia harus membuat kajian tentang penerimaan muzik masyarakat di sana selain memahami budaya mereka dengan lebih mendalam. "Bukan mudah untuk menembusi pasaran di Indonesia dan sebagai pemuzik saya mahu mendalami tentang citarasa dan budaya selain bahasa mereka supaya dapat menghasilkan produk yang mampu diterima masyarakat di sana," jelasnya. Dalam pada itu, bercakap mengenai persiapan Hari Raya, Awi berkata, dia seorang yang ringkas dan akan lebih banyak menghabiskan masa untuk menziarahi saudara mara dan rakan-rakan. Jelas Awi, setiap kali menjelang Aidil Fitri dia akan memastikan dapat berhari raya di Pontian, Johor iaitu kampung ibunya sebelum ke Singapura dan seterusnya ke Jakarta. "Saya banyak berjalan apabila tiba Hari Raya kerana ini adalah masanya untuk menziarah keluarga yang kita jarang-jarang jumpa," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails