Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Aziz M Osman Mahu Bersara

Sutradara Aziz M Osman, bukanlah nama picisan dalam industri tempatan. Malah, ilmu seninya tidak perlu diduga lagi.Sebenarnya selepas munculnya filem Azura 2012 di pawagam, ramai peminat mula mempersoalkan keupayaan pengarah dengan barisan filem ini untuk terus relevan dalam industri perfileman Malaysia. Aziz berkata pandangan orang ramai terhadap keupayaan beliau terlalu subjektif untuk di perkatakan. “Saya tidak kisah apa yang orang kata kerana bagi saya, generasi penonton telah berubah. Mungkin ini bukan era saya lagi. Selera penonton juga sudah berubah,” ujar Aziz M Osman. “Sebenarnya, Demi Dia adalah drama terakhir arahan saya dan saya akan bersara dalam bidang pengarahan. Saya akan menumpukan perhatian pada bidang penerbitan sahaja selepas ini. Menurut Aziz M Osman lagi, drama Demi Dia yang kini sedang bersiaran di TV3 bukan idea asal beliau sendiri dan ianya datang dari stesen televisyen tersebut. Namun beliau tetap berpuas hati dengan hasilnya. “Namun kalau boleh, saya lagi puas jika mengarahkan karya saya sendiri. Apa salahnya jika memberi kebebasan kerana kami tidak perlu dipimpin sebegini,” tambahnya yang menolak dakwaan merajuk dengan industri. - sumber : Sinar Harian

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails