Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Azza Elite Bidas Isu Pakai Baju Ketat

Selepas membuat keputusan untuk berhijrah dan tampil dengan imej bertudung penuh sejak 29 Januari lalu,ternyata ramai peminat gembira dengan perubahan anggota kumpulan Elite ini. Namun baru-baru ini timbul isu panas, Azza dikritik teruk oleh segelintir peminat gara-gara sekeping foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram yang menunjukkan Azza berpakaian agak ketat hingga menampakkan bentuk badannya. "Sebenarnya saya pakai baju tu dengan inner. Maklumlah, kadang-kadang tu kalau nak ambil gambar kita tak perasan tudung terselak sikit. Mungkin saya dah berisi sikit. Itu yang mungkin nampak seksi. Saya tak faham kenapa ia boleh jadi isu tak senonoh. Baju tu bukan ketat. Tapi itu dress sebenarnya. "Saya rasa isu ni tumbul sebab ia persepsi yang memang dari dulu lagi. Orang dah cop yang Elite tu seksi, jadi kalau dah bertudung pun masih nak pakai yang ketat, ketat. Dah kalau orang anggap ia negatif, jadi negatif lah. Saya yakin yang kritikan di Instagram tu bukan dikalangan peminat sebenar saya. Saya berterima kasih pada mereka kerana menegur tetapi kalau nak bagi teguran tu jaga lah juga maruah orang. Apapun, setakat seorang dua yang memberi kritikan tu, ia tak menjadi kudis pun bagi saya", katanya kepada Malaysian Digest.com ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut. Azza ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan majlis pelancaran Program Terbaik Bulan Syawal, 5 Malam 4 TV9 bertempat di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara, malam tadi. Sementelah sejak tampil bertudung, Azza juga dilihat banyak berubah terutama dari segi cara pertuturannya. Kalau dulu dia nampak lebih lantang tetapi sekarang Azza kelihatan cukup tenang. "(gelak), Saya tetap Azza yang dulu. Sama saja. Cuma bila dah meningkat usia kita dah boleh banyak bersabar dan tak mudah melatah. Saya rasa sekarang saya lebih tegas. Ketegasan tu kena ada. "Kalau bab kena kritik tu dah ibarat makanan dah. Orang kat luar sana mungkin anggap artis macam kami ni sempurna tapi mereka jangan lupa yang kami ni juga manusia biasa. Kadang-kadang tu lakukan juga kesilapan", katanya. Perkembangan lain, Azza bakal muncul menerusi lakonan dalam drama Mana Kuali Opah? pada Hari Raya Kedua, jam 1.30 petang, di TV9.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails