Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

BILA SERINA REDZUAWAN NIAGA CHAR KEY TEOW

"Saya turun berat badan bukan kerana makan apa-apa produk, tetapi kerana tidak lagi terbabit dalam rancangan masakan contohnya Jalan-Jalan Cari Makan. Malah ia juga baik buat diri saya dan suami meskipun suami mengatakan saya tetap comel walaupun sedikit gemuk dulu," demikian ujar Serina Redzuawan mengenai penampilan terkininya. Untuk info, Serina kini sedang sibuk memasarkan produk terbarunya sendiri yang didakwa bagus untuk penampilan wanita. Malah dia juga telah membuka sebuah gerai char kuey teow khas untuk pelanggan yang mahu menjamu selera selepas membeli atau menggunakan produk tersebut di tempat jualannya.
"Idea timbul selepas saya melihat rakan-rakan yang terpaksa jalan jauh untuk menjamu selera selepas datang membeli produk. Fikir saya, kenapa tak buka kedai makan di sini bagi menyenangkan mereka?" tambah Serina yang ditemui di Hotel Federal, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ditanya mengenai aktiviti seninya, jawab Serina dia kini agak kurang berlakon drama atau filem lain kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian pada drama bersiri Ruda-Roda Kota Raya arahan Yusof Haslam. Masa yang ketat merupakan punca utama dia terikat dengan drama bersiri tersebut. "Saya pernah suarakan pada Datuk Yusof yang saya nak tarik diri... tapi Datuk tak bagi saya berhenti dengan alasan watak saya amat penting. Bila dia pujuk, hati saya jadi cair sebab Datuk ni seorang insan yang teramat baik hingga saya sudah menganggapnya sebagai keluarga sendiri," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails