Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Disaman Rebecca, Erma serah pada peguam

SEMALAM telah berlangsung perbicaraan kes tuntutan saman pelakon Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, yang memfailkan saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. milik penerbit dan pengarah Erma Fatima di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Tuntutan saman itu dibuat oleh Rebecca kerana pelakon itu mendakwa syarikat produksi Erma gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu arahan Erma tahun lalu. Drama Dejavu Di Kinabalu itu diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012. Selain Rebecca, drama tersebut turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha dan Nazim Othman. Kosmo! segera menghubungi Erma Fatima bagi mengetahui lebih lanjut berhubung tuntutan saman tersebut. KOSMO!: Boleh anda ulas mengenai tuntutan saman Rebecca terhadap Rumah Karya Citra milik anda? ERMA FATIMA: Maaf. Saya tidak boleh beri apa-apa penjelasan disebabkan kes ini masih berjalan. Takut penjelasan saya nanti jadi isu pula. Mungkin anda boleh berkongsi sedikit maklumat mengenai perkara ini? Tidak boleh. Saya betul-betul minta maaf, malah ada juga beberapa akhbar utama tempatan turut menghubungi saya tetapi mereka juga tidak dapat apa-apa penjelasan daripada saya.
Adakah anda menyediakan peguam bagi membela diri berhubung tuntutan Rebecca? Ada iaitu peguam David malah semalam saya dan dia (Rebecca) juga sudah masuk Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Apakah perkembangan kes tersebut? Ia masih berjalan dan akan ada perbicaraan selanjutnya. Adakah benar semua tuntutan daripada Rebecca itu? Kita semua sedia maklum, selama ini yang syarikat anda tidak pernah berdepan dengan isu seperti ini? Saya juga seorang artis, jadi saya tidak akan buat seperti yang didakwa dia (Rebecca). Selama saya menerbit drama atau filem perkara seperti ini (tidak bayar pelakon) juga tidak pernah berlaku. Beralih pada soalan lain, bagaimanakah sambutan Ramadan dan Syawal anda tahun ini? Bulan Ramadan ini saya berehat daripada segala penggambaran drama atau filem. Saya banyak habiskan masa untuk keluarga, memasak makanan untuk bersahur dan berbuka. Tahun ini sama seperti tahun-tahun lalu apabila saya akan beraya di Kuala Lumpur sahaja. Apakah drama atau filem anda yang bakal keluar? Ada beberapa naskhah seperti Aku Tahu dan Sangkar.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails