Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dj Lin Berniaga 'Serunding Cinta' Sempena Ramadan

Sempena bulan Ramadan, penyampai radio Suria FM, Deejay Lin turut mengambil peluang mencari rezeki tambahan dengan menjual serunding yang dinamakannya 'Serunding Cinta'. Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkata, sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata, perniagaan yang diusahakan sejak tiga tahun lalu itu sedikit sebanyak membantu memberi keperluan Hari Raya sekeluarga. "Bulan Ramadan membuka seribu makna buat saya, seperti tahun-tahun sudah, saya ada membuka gerai sendiri bagi menjual serunding sebagia mencari rezeki tambahan untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. "Selain serunding saya juga menjual pelbagai kuih tradisional dan biskut raya yang diambil daripada pelbagai negeri," katanya. Tambah Lin, 'Serunding Cinta' yang menjadi produk utama bisnesnya itu merupakan serunding terbaik dan ditempah khas daripada Kelantan. "Selalunya makanan yang saya nak jual, saya akan rasa dan makan dahulu dan mesti kena dengan citarasa saya. "Lepas itu barulah saya akan jual. Alhamdulillah sambutan setakat ini sangat baik," katanya. Gerai yang dibuka sejak awal Ramadan lalu bertempat di Busana Mall, Kuala Lumpur dan dibuka pada setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Biarpun sibuk dengan tugasan di konti radio dalam mengendalikan segmen Suria Cinta, Lin berkata, Ramadan ini, dia masih mempunyai masa untuk berniaga dan menguruskan anak-anaknya dengan baik.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails