Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Doa untuk kekasih - Dayang Nurfaizah

DALAM tempoh seminggu sebelum genap usia 32 tahun pada 20 Julai ini, hati penyanyi Dayang Nurfaizah berdegup kencang. Mengikut firasat anak kelahiran Kuching, Sarawak ini dia pasti akan berdepan dengan persoalan perkahwinan. Dan pasti tajuk itu menjadi pertanyaan wajib dan terus berulang buat wanita bujang sepertinya. Biarpun ada kalanya rimas apabila persoalan yang sama kerap dilontarkan namun wanita yang membahasakan dirinya Dayang ini masih perlu menyediakan jawapan. “Dayang seperti wanita lain kerap berdoa untuk mendapat kesempurnaan dalam hidup. Punya kekasih yang saling menyayangi antara satu sama lain. “Tapi kalau nak diikutkan macam mana nak dapat kekasih kalau Dayang ini seorang yang pemalu. Tak pandai nak berkawan dengan lelaki sebab Dayang bukan jenis yang bersosial. “Lepas habis kerja Dayang akan terus pulang ke rumah. Itulah rutin kehidupan Dayang selama ini. Dayang memang solo sekarang ini. Lagi pun Dayang tak pernah ada pengalaman bercinta. “Jadi tak tahu macam mana nak bercinta," katanya yang ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak daripada rumah kebajikan di bawah naungan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKMM) di Hotel Prince & Residence Kuala Lumpur, Khamis lalu. Mengusik Dayang tentang keinginan untuk berumah tangga dan melahirkan zuriat sendiri selepas melihat senda guraunya dengan kanak-kanak yang hadir menyebabkan wanita ini tersenyum lebar. Penyanyi ini menegaskan bahawa tidak manis buat seorang wanita bujang sepertinya berbicara secara terbuka tentang lelaki. Bimbang masyarakat salah tafsir tentangnya lalu Dayang mengambil jalan paling selamat iaitu mengehadkan cerita membabitkan soal hatinya itu di khalayak. Tindakan itu dibuat supaya tiada pihak yang terasa dengan kenyataan yang dibuat penerima anugerah Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 menerusi album Dayang Live selepas ini. Anak angkat? Belum lagilah Dayang belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu angkat seperti yang dilakukan segelintir artis lain. Baginya tugas memelihara kanak-kanak amat berat dan memerlukan komitmen yang tinggi. “Belum masanya lagi Dayang nak memikul tanggungjawab sebagai ibu angkat. Kena betul-betul jaga sebab anak itu bukan satu perkara yang boleh buat main. “Bukan Dayang tak sabar cuma Dayang perlu memikirkan kemampuan Dayang sendiri. Sekarang ini pun tak begitu ada masa, risau pula kalau sudah ada anak angkat nanti. “Lagi pun Dayang ada beberapa sasaran hidup yang perlu dilaksanakan. Nanti-nantilah kalau ada rezeki dan semuanya sudah okey, barulah Dayang boleh fikir tentang soal anak angkat ini," katanya. Mengulas tentang impian yang ingin dicapai dalam hidup, Dayang memberitahu dia mahu mengembara dan melihat keindahan beberapa negara melalui pancaindera sendiri. Antara negara yang dalam senarai ingin dilawati ialah Itali, Istanbul, Sepanyol dan beberapa tempat di Eropah yang mempunyai sejarah tersendiri.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails