Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ella Jual Biskut Kesihatan Sempena Hari Raya

Seperti mana kebanyakan artis-artis lain berniaga pada bulan Ramadan, penyanyi Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin tidak mahu ketinggalan dan turut berjinak-jinak dalam perniagaan biskut kesihatan bersempena bulan Ramadan. Ella, 47, berkata, dia memilih untuk menjual biskut kesihatan kerana ia jarang dilakukan oleh orang lain selain sikapnya yang memang sentiasa mementingkan pemakanan sihat. "Sebelum berani menjual biskut berkenaan Ella cuba terlebih dahulu selain menkaji bahan-bahan digunakan sebelum mengambil keputusan untuk berniaga. "Alhamdulillah suami pun turut menyokong malah dia juga turut menyukai biskut berkenaan," jelasnya kepada mStar Online. Biskut yang diberi nama Ella Cookies itu tampil dengan empat perisa iaitu kismis, kelapa, kurma dan badam. Ia menggunakan oat sebagai bahan utama pembuatannya. Dalam perkembangan sama, Ella berkata, dia juga berhasrat untuk meneruskan perniagaan Ella Cookies selepas musim perayaan dengan mempelbagaikan produk yang berasaskan oat. Jelas Ella, dia mahu mengeluarkan snek berkhasiat dan pada masa sama mendidik masyarakat tentang pemakanan sihat. "Ella sangat optimis dengan projek ini dan berharap ia akan menjadi kenyataan," katanya. Dalam perkembangan lain, Ella berkata, dia kini sedang berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga dan suami dan akan kembali sibuk selepas Hari Raya kelak. Kata Ella, dia bakal muncul dengan beberapa siri konsert solo dan akustik dan memberitahu tidak sabar untuk bertemu dan menghiburkan para peminatnya. Sementara itu, Ella berkata, Aidil Fitri tahun ini dia akan menyambutnya di kampung halaman suaminya di Muar, Johor.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails