Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fahrin Ahmad Mengaku Cemburu

Sebelum ini Fahrin Ahmad pernah menyatakan beliau berasa risau kerana semakin pandai menjalani kehidupan seharian sebagai orang bujang dan tahu menguruskan dirinya sendiri dalam serba-serbi perkara. Bertemu dengan pelakon berbadan sasa ini minggu lalu, Fahrin masih dengan jawapan sama seperti selalu, beliau masih solo dan tidak terlalu terdesak untuk berkahwin. Sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Tuhan. Namun begitu luah Fahrin, jauh di sudut hatinya timbul juga rasa cemburu. Lebih-lebih lagi melihat kawan-kawanya dan adik beradik lain sudah berumah tangga dan masing-masing mempunyai keluarga sendiri. Perasaan tu semakin terasa apabila mereka sekeluarga berkumupul beramai-ramai, misalnya ketika berbuka puasa di bulan Ramadan dan ketika hari raya. "Dah 34 tahun saya beraya sebagai bujang, jadi dah biasa dah. Cuma tak dinafi perasaan cemburu tu ada, lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan sebaya dan adik beradik dah ada famili sendiri. Tapi ia tak lah terau memberi tekanan pada saya. "Saya pun tak lah terdesak sangat nak kahwin. Usaha tu memang kena ada lah. Sebenarnya dalam adaik beradik, saya seorang saja yang tak kahwin lagi. Saya dah ada sembilan orang anak buah", ujar Fahrin ketika ditemui pada majlis pelancaran Koleksi Habib Cherita di Pagi Raya'. Sementara itu pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini Fahrin berkata dia tetap sibuk dengan aktiviti seni. Cuma jadualnya tidak sepadat seperti mana bulan-bulan biasa. Masa-masa begini akan dimanfaatkan dengan pulang ke kampungnya di Skudai, Johor, bagi sama-sama menjalani ibadah berpuasa dan berterawih bersama keluarga. "Bulan puasa ni saya ambil peluang berehat. Sejak awal tahun ni jadual saya padat. Ini baru dapat berehat. Tapi ada juga penuhi undangan majlis berbuka puasa dan jemputan meraikan anak yatim. "Kebiasaannya setiap kali bulan puasa sekurang-kurangnya sekali, kami adik beradik akan pulang ke kampung. Kami akan berpuasa dan berterawih sama-sama. Lagipun ayah dan ibu saya kurang sihat, jadi dalam bulan puasa ni saya memang bercadang nak balik selalu jeguk mereka", ujar anak ketiga dari empat adik beradik ini. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails