Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hubungan semakin intim - Tasha Shila

ARTIS dan pemain bola sepak memang tak dapat dipisahkan sejak dahulu lagi. Kalau tengok pada era 90-an dulu pun memang ramai pemain bola yang berkahwin dengan artis sampailah sekarang sebenarnya. Tak perlu Syed sebutkan nama mereka satu persatu memandangkan itu pilihan masing-masing. Cuma baru-baru ini industri hiburan digemparkan dengan berita Tasha Shila yang khabarnya bercinta dengan pemain bola kebangsaan, Mahali Jasuli. Sebelum ini berita itu ada tersebar tetapi senyap terus sejak kebelakangan ini. Walaupun masing-masing cuba menyembunyikan hubungan tetapi nampaknya masih ada yang dapat menghidu. Kata satu sumber yang tak pernah jemu-jemu memberikan cerita panas kepada Syed, katanya hubungan antara mereka berdua semakin intim sejak akhir-akhir ini. "Agaknya dah tak kuasa nak coverline lagi. Jadi mereka dah semakin terbuka sekarang pasal hubungan cinta. Kalau nak tahu Tasha pun rajin mengikut Mahali ke stadium. "Minggu lalu pun aku ada terserempak dengan pasangan ini di salah sebuah stadium di ibu negara. Nak kata mesra tu tak jugalah tapi apa yang aku boleh cakap Tasha memang datang memberikan sokongan pada Mahali. "Tapi sayang sebab Mahali mengalami kecederaan dan mereka hanya duduk di bangku penonton sehingga habis perlawanan," kata sumber yang duduk berhampiran dengan pasangan ini ketika perlawanan tersebut. Tak mengapa, masing-masing masih bujang dan tak ada masalah pun untuk bercinta. Kalau ada jodoh teringin juga Syed nak rasa nasi minyak Tasha ni. Syed: Bahagianya Ayu Raudhah sekarang.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails