Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Isu Sokong Alvin-Vivian : Biarlah Orang Nak Benci Saya - Sazzy Falak

Pelakon dan pengacara, Sazzy Falak terkejut dan bingung apabila tiba-tiba beliau dikatakan menyokong pasangan Alvin Tan dan kekasihnya Vivian Lee yang mencetuskan kontroversi ekoran tindakan biadap pasangan itu - menghina bulan Ramadan. Pada 3 Ramadan lalu, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah memuat naik sekeping gambar berbuka puasa dengan Bak Kut Teh (makanan berasaskan sup herba dan khinzir). Tindakan pasangan itu menimbulkan kemarahan bukan sahaja dikalangan yang beragama Islam bahkan dari kalangan penganut agama lain juga turut serta menempelak mereka. Kedua-duanya telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hadir bagi memberikan kenyataan dan dikhabarkan akaun Facebook mereka telah pun ditutup. Tahun lalu, Alvin dan Vivian menggemparkan negara apabila menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog mereka. Sementelah sejak lewat petang semalam, nama Sazzy tiba-tiba menjadi bualan hangat ramai. Tak kurang selebriti itu teruk dikecam banyak pihak. Dalam sebuah laman web menyebut, Sazzy kononnya cuba berlagak seperti hero. Semuanya gara-gara dia dikatakan telah berkongsi sebuah rencana yang ditulis seorang blogger di wall miliknya. Selain itu dia juga menulis status di laman sosial Facebooknya itu yang seakan-akan menyebelahi Alvin dan Vivian yang juga popular dengan jolokan 'pasangan porno' itu.
"Saya tak tulis apa-apa di Facebook saya. Saya tak share apa-apa pun. Saya memang jarang buka Facebook. Selalunya ia dikemaskinikan oleh admin saya. Saya rasa ada orang yang ter-share dan menggunakan akaun saya. "Sejujurnya saya tidak tahu sangat mengenai isu pasangan tersebut. Saya hanya tahu tentang pasangan itu pun melalui berita tapi saya tak ambil tahu akan cerita sebenar mengenai kontroversi itu", katanya kepada Malaysian Digest.com. Pemilik nama sebenar Sazlini Shamsul Falak ini ditemui pada rakaman Melodi Raya bertempat di PWTC, malam tadi. Meskipun mengakui status tersebut seolah-olah menggambarkan dirinya yang menulis kenyataan itu, namun Sazzy menegaskan bukan dia yang melakukannya. Enggan hal tersebut diperbesar-besarkan, Sazzy menganggap sebagai salah faham dan tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang cuba memburukkan namanya. Pun begitu Sazzy akan mendapatkan penjelasan daripada orang yang dipertanggungjawab mengendalikan Facebooknya. "Nampak macam memang saya yang tulis tapi sumpah itu bukan saya. Apapun saya mohon maaf kalau 'saya' telah menimbulkan kemarahan ramai. Kalau saya nafikan pun, nanti orang tentu akan cakap yang nampak sangat macam 'saya' bersalah. Jadi adalah lebih baik saya minta maaf kepada mana-mana yang terasa dengan hal ini. "Apa yang penting, jujur itu bukan saya. Pendirian saya yang sebenar adalah tentunya saya tidak berpihak kepada pasangan itu. Tambahan saya tidak tahu cerita sebenar. Sebagai rakyat yang tinggal di negara pelbagai kaum, kita mestilah menjaga sensitiviti budaya dan agama bangsa lain. Mungkin ia nampak seperti bergurau tapi ia tetap sensitif.
"Saya juga tak rasa ada pihak yang cuba nak burukkan nama saya. Saya minta maaf kalau 'saya' menimbulkan kemarahan ramai. Biarlah orang nak benci saya pun. Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Sebab, saya ada banyak hal lagi nak buat dan uruskan. "Tapi apapun saya akan rujuk pada admin saya dan mendapatkan penjelasan sebenar", katanya yang turut meluahkan perasaan tiba-tiba timbul rasa takut hendak melayari akaun Facebooknya sendiri selepas ini. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails