Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jangan Menelanjangkan Saya - Datuk AC Mizal

Hampir 22 tahun bergelar anak seni, macam-macam pengalaman jatuh bangun dalam industri hiburan tanah air yang telah dilalui oleh penyanyi, pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal. Tiga kali melalui zaman kejatuhan dan kegemilangan membuat beliau hari ini cukup matang dalam berdepan apa jua keadaan dan tidak mudah melatah. Malah AC sendiri mengakui beliau lebih bersikap lebih terbuka. "Saya dah tiga kali turun-naik. Satu, semasa zaman 4U2C. Kemudian ketika zaman Gerak Khas. Dan sekarang. Pengalaman-peNgalaman tu semua menjadikan saya kini lebih terbuka dan tidak mudah melatah. "Macam dalam program Raja Lawak 7 lalu, ada perserta yang membuat lawak sambil mereka mengaitkan nama isteri saya, saya tak kisah. Malah saya bangga mereka sebut nama isteri saya. "Tapi, asal kan jangan menelanjangkan saya. Jangan mengaibkan saya dan mengaibkan isteri saya. Lagipun ketika itu, itu saja persembahan yang paling awak masa tu. Sebelum ini pun Zizan dan Johan ada mengaitkan dalam lawak mereka dengan isu bisnes gelang saya dulu, saya tak kisah", kata AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 41, ketika ditemui baru-baru ini. Bukan membangga diri dengan statusnya sekarang, tetapi kata AC kejayaan hari ini adalah hasil usaha gigih dan tidak mudah putus asa. Kesusahan yang pernah dilaluinya, hari ini membuatkan beliau terpanggil untuk membantu artis-artis baru terutama yang sukar mendapat peluang tawaran. Menerusi syarikat produksinnya, MBI Movie Pictures Sdn Bhd, AC juga banyak menawarkan peluang kepada para peserta Raja Lawak 7. "Saya pernah 'duduk' di situasi mereka. Saya pernah rasa susah dan ketika itu tiada siapa yang datang tolong saya. Sepanjang saya jadi ketua juri Raja Lawak 7, saya ada nasihatkan mereka. Saya kata, dunia artis ni senang cari duit tapi bukan senang nak dapat peluang. Jadi saya terpanggil untuk tolong mereka. Ada antara mereka yang saya ambil berlakon untuk produksi saya", katanya. Jutawan Yang Banyak Hutang
Sementara itu, dalam sibuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara, menguruskan syarikat produksi, AC juga banyak menjalankan beberapa cabang perniagaan yang semakin lama semakin berkembang. Bahkan dengan perniagaan beliau yang telah bertapak di peringkat antarabangsa seperti di Jakarta, Thailand juga Hong Kong serta beberapa projek besar yang telah dan akan dilaksanakan kelak, AC sekarang sudah sudah boleh di gelar jutawan. "Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi hari ini, untuk kami sekeluarga. Saya ada dunia perniagaan saya sendiri. Saya tak boleh bergantung pada pekerjaan saya sebagai artis saja. Hutang pun banyak juga ni (gelak). Kira saya ni jutawan yang banyak hutang lah..." tutur pencetus sosial network MFace ini. Dalam perkembangan lain, pada hari raya Aidilfitri keempat nanti, telemovie terbitan MBI Pictures Sdn Bhd berjudul, Hantu Kubur Beraya (spoof kepada drama Tanah Kubur) akan ditayangkan di Astro Warna. Selain itu AC Mizal dalam perancangan menerbitkan sebuah filem komedi aksi. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails