Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri

Walaupun sudah bergelar suami tapi sudah beberapa minggu rutin harian pelakon dan pengarah Jehan Miskin tidak ubah macam orang bujang. Disebabkan ketiadaan isterinya Julie Camelia Rhee di sisi, Jehan terpaksa menguruskan makan pakainya sendiri. Termasuklah menjalani ibadah berpuasa sendirian. "Allhamdulillah puasa okay. Tapi sedih sikit lah sebab saya berpuasa sorang-sorang. Isteri saya sekarang berada di Jepun atas tugasan kerja. Jadi saya macam orang bujang lah sekarang. Berbuka seorang. Isteri saya tak ada, saya tak bangun sahur sebab saya ni selalu tidur lewat. "Lagipun saya baru balik dari menjalani penggambaran program travelogue di Sabah. Sejak 1 Ramadan tu memang saya berpuasa di Sabah dan berbuka dengan kru-kru produksi. Sekarang dah balik KL, berbuka seorang, macam orang bujang. InsyaAllah isteri saya balik hujung minggu ini. Dia balik nanti saya memang tak sabar nak berpuasa bersama-sama dia. Nak suruh dia masak dan bersahur bersama", kata Jehan kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada Majlis Berbuka anjuran Astro bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur, malam tadi. Jehan berkahwin dengan Camelia yang merupakan warganegara Korea, pada 4 Mei lalu selepas lima tahun bercinta. Majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur. Dalam pada itu Jehan turut memberitahu kesibukan masing-masing menyebabkan hingga kini dia dan isteri belum sempat pergi berbulan madu. Namun Jehan merancang mahu membawa isterinya berbulan ke Pulau Maldives. "Kami tak sempat lagi pergi bulan madu. Mulanya ingat nak pergi masa raya nanti. Tapi raya kedua nanti dia (Camelia) pula terpaksa pergi semula ke Jepun. Sekali lagi lah saya ditinggalkan. Tapi tak apa, bagus juga kalau ditinggal-tinggalkan sebab bila berjauhan buat kami lagi rindu. "Jadi bila nak pergi masa raya tak jadi, masa ynag kami ada cuma pada cuti hari merdeka nanti. InsyaAllah masa tu kami akan pergi bulan madu. Perancangannya nak ke Maldives tapi kami belum pilih lagi pulau yang mana sebab di Maldives banyak pulau. Perkembangan terkini, Jehan baru saja selesai menjalani pengambaran program Travelogue, Sabah Route Trip. Program tersebut menyaksikan Jehan sebagai hos menggembara ke tempat-tempat menari di negeri dibawah bayu itu dengan menaiki motosikal. Kecewa 'What If' Kena Potong Selain itu, drama bersiri pertama arahannya What If kini sedang rancak ditayangkan pada Setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran 8TV. Dalam pada itu Jehan turut meluahkan rasa kecewa apabila drama terbitan syarikatnya itu diberitakan terpaksa melalui proses pemotongan. "Episod-episod sebelum ni tak ada pemotongan. Tapi untuk episod ke tujuh berkisar tentang karnibal, pihak 8TV minta saya re-edit semula. Jadi kita terpaksa buang beberapa babak yang agak sensitif dan tak sesuai untuk tontonan umum. Saya difahaamkan selepas re-edit pun, pihak LPF masih buat pemotongan. "Pada saya, saya tak kisah kalau ada pemotongan tapi biarlah munasabah. Jangan sampai menjejaskan jalan cerita. Saya bimbang kalau disebabkan pemotongan itu, penonton tak faham dengan jalan cerita tersebut. Nanti seolah-olah kita pula yang terbitkan cerita yang tak masuk akal. Tapi apa yang saya tahu, setakat ni ia tak menjejaskan jalan cerita", katanya. What If, siri kisah seram dan suspen yang mengisahkan seorang pemuda (Imzan) yang mengalami pelbagai kisah pelik sejak di usia 15 tahun. Dia kemudiannya mengalami gangguan emosi dan mula menulis kisah-kisah orang di sekeliling dalam sebuah buku. Tanpa disangka apa yang ditulis itu berubah menjadi realiti. Memaparkan kisah sangat menarik pada setiap episod seperti What If A Mother Become Serial Killer, What If Man Become Woman, What If Buried Life, What If Overnight Famous dan banyak lagi. Antara pelakon lain yang turut menjayakan dram ini seperti Azizah Mahzan, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Elaine Daily, Nas-T, Chelsia Ng, Peter Davis, Reefa, Julie Woon, Prem Shanker dan ramai lagi. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails