Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Konflik 'payung emas' - Ashraf Muslim

SAYA belum bersedia untuk ditemuramah," pinta Noor Dayana Lokman, 26, ketika diminta mengulas kemelut yang sedang dihadapi bersama suaminya, Mohd. Ashraf Muslim, 32. Enggan berbicara lanjut, Dayana menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bapanya, Lokman Abdul Hamid, 54, mengkhabarkan bahawa dia dalam keadaan baik. Dayana yang sedang mengikuti latihan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini menambah dia gusar seandainya sebarang kenyataan yang dikeluarkan bakal menambah buruk keadaan. Tambahan pula pada waktu ini topik perkahwinannya sedang panas dibincangkan dalam kalangan pengikut industri hiburan tempatan terutama selepas suaminya berkahwin secara senyap-senyap dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu. Permintaan Dayana itu turut disokong oleh Lokman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yang beroperasi di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Bagi Lokman anak keduanya itu adalah seorang yang tabah. Cukup bersesuaian dengan makna nama Dayana dalam bahasa Arab yang bermaksud gagah perkasa. "Ana (panggilan untuk Dayana) tahu di mana duduk tempatnya sebagai isteri yang perlu berada di sisi Ashraf. Walau macam mana teruk perlakuan Ashraf terhadap Ana namun dia tetap setia bersama suaminya. Ana seorang anak yang penyabar. "Kalau nak tahu Ana pernah ditahan di hospital sebab terlalu tertekan gara-gara membaca surat permohonan untuk berpoligami daripada Ashraf pada April lalu. Dia memang tak menyangka suaminya itu sanggup bertindak sebegitu. "Dan apa juga penderitaan yang dialami Ana itu sama sekali tidak pernah dikongsi bersama saya mahupun ibunya (Normah Mohamad).

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails