Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Layak Ke Majlis Kahwin Jika Beli Biskut Raya Zain Saidin

Peminat pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan berpeluang menghadiri majlis persandingan pasangan tersebut pada Disember depan dengan syarat menjadi peserta paling banyak membeli biskut raya yang dijual aktor itu. Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia membuka peluang itu kepada lima peminat bertuah yang mana mereka turut diberi ruang untuk menyertai majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang akan diadakannya kelak. “Daripada lima peminat bertuah itu, saya akan memilih tiga daripada mereka berdasarkan siapakah yang membeli biskut paling banyak untuk hadir ke majlis resepsi persandingan saya dengan Cik Ta (Rozita) nanti,” katanya kepada mStar Online di sini pada Khamis. Menurut Zain, sempena Ramadan ini dia menjual kira-kira 22 jenis biskut ‘Shirin Homemade Cookies’ yang dibuat sendiri oleh seorang ahli keluarganya di Kampung Pandan, dekat sini. Antara biskut dijualnya ialah tart nanas, mazola, London almond, biskut makmur dan juga suji yang berharga dari RM25 hingga RM28 sebalang.
“Saya sudah lama menjalankan perniagaan ini yang dibuat sendiri oleh nenek saya. Kalau dahulu setiap kali Ramadan, saya menjualnya di Jalan Masjid India tetapi kali ini saya agak sibuk, saya jual secara dalam talian pula,” katanya. Zain memberitahu biskut Hari Raya yang dijualnya itu dijamin sedap dan rangup kerana dibikin oleh orang berpengalaman selain banyak menggunakan mentega. Dalam masa yang sama kata Zain, ia juga satu ganjaran kepada para peminatnya apabila mereka yang membeli biskut akan memperoleh peluang tambahan dengan menyertai majlis rumah terbuka dan resepsi perkahwinannya nanti. Peluang tersebut katanya dibuka termasuklah kepada mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur kerana ia akan turut dihantar secara pos. Peminat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah menempahnya dengan menghubungi talian 012-6344434 (Noel).

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails