Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Lisa Surihani memilih

SEJAK akhir-akhir ini ada yang bertanya ke mana Lisa Surihani menghilang, lantaran lakonannya dalam drama kurang. Adakah dia dihalang oleh suaminya, Yusry Abdul Halim untuk aktif. Kata Lisa, suami tercinta tidak pernah menghalangnya untuk terus berlakon, cuma dia sahaja yang memilih bagi memastikan setiap penampilannya memberi impak kepada penonton. Malah katanya, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadocia, arahan Bernard Chauly, terbitan Red Communications, bulan lalu. "Akhir-akhir ini saya memang kurang berlakon drama bukan sebab tidak ada tawaran tetapi demi menjaga nilai eksklusif. Maklumlah kalau muncul kerap sangat orang bosan. Saya mahu kehadiran dalam bidang seni ini dirindui peminat dan kalau boleh setiap kali muncul dalam drama atau filem, mampu meninggalkan kesan kepada mereka. "Walaupun nampak saya tidak muncul dalam drama atau filem, tetapi untuk bulan ini jadual kerja saya padat. Boleh kira hanya lima hari sahaja saya ada masa rehat atau untuk berbuka puasa bersama keluarga. Selebihnya saya ada undangan majlis berbuka atau acara lain," kata Lisa yang ditemui pada majlis memperkenalkan produk Garnier Light Complete, di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Lisa yang sudah empat tahun dilantik menjadi duta jenama Garnier berkata, sekarang ini minatnya tertumpu pada bidang alih suara yang diminati sejak dulu lagi. Untuk permulaan, Lisa berpeluang menunjukkan bakat alih suaranya itu bagi versi filem The Smurf 2 dan Madagascar 3: Europe's Most Wanted yang disiarkan di saluran Astro. "Setakat ini, itu sahaja peluang yang ada, di mana saya buat alih suara dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Kalau boleh saya nak buat alih suara untuk filem asal. "Bila sudah berpeluang buat alih suara, baru saya tahu sebenarnya susah juga berbanding lakonan. Kalau berlakon, kita boleh menggunakan pergerakan untuk menggambarkan emosi. Ini kita perlu menggunakan emosi untuk dipadankan dengan pergerakan karakter," katanya. Dalam pada itu, Lisa yang sering diaju soalan tentang cahaya mata berkata, setakat ini dia dan Yusry hanya berserah kepada Allah kerana sejak mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012, mereka tidak pernah merancang. "Kata orang kalau nak merancang keluarga pun biarlah anak kedua atau ketiga disebabkan masa atau kewangan. Untuk anak pertama, semua orang mengharapkan kehadiran cahaya mata. Begitu juga dengan kami, tapi nampaknya belum ada rezeki. "Sebenarnya saya memang suka kanak-kanak. Setakat ini hanya anak-anak saudara yang menjadi pengubat rindu dan setiap hari saya berdoa agar cepat menjadi ibu," katanya penuh harapan. Dalam perkembangan terbaru, Lisa memberitahu yang dia bakal berlakon filem arahan Yusry selepas raya nanti.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails