Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nabila Huda Berpuasa di New Zealand, Beraya di Itali

Dikala umat Islam di tanah air hari ini menjalani ibadah puasa hari pertama, Nabila Huda juga tidak ketinggalan menunaikan kewajipannya sungguhpun dai kini berada Auckland, di New Zealand. Pelakon yang mesra dengan panggilan Abil ni ke sana sejak lima hari lalu bagi menjalani pengambaran drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama tersebut seperti Zain Saidin dan Syazwan Zulkifli. "Bulan Ramadan ni saya tetap sibuk dengan shooting. Saya jalani penggambaran di New Zealand. Selama lebih kurang 14 hari saya akan berada di sana. Jadi ni juga kira pertama kali saya berpuasa di luar negara. Tapi kalau outstation memang dah biasa. "Mujur anak saya juga dah biasa kena tinggal bila saya shooting luar KL dalam jangka masa agak lama. Dia tak kisah sangat. Tapi sedih juga bila selalu saya tinggalkan dia. Tunggulah dia dah besar sikit, baru saya berani nak bawa dia ikut saya outstation. Kalau sekarang saya takut dia mudah penat dan tak selesa", ujar Nabila ketika ditemui minggu lalu. Dari segi persiapan raya pula kata Abil, dia memang tidak terlalu beriya sebaliknya persiapan leboh kepada anak perempuan tunggalnya, Keisha Laila yang kini berusia dua tahun. Apatah lagi raya tahun ini dia hanya sempat meraikan beberapa hari saja. Kemudian Abil akan terbang ke Itali bagi menjalani penggambaran drama bersiri Sangkar, selama lebih kuran 14 hari di sana.
"Raya saya memang lebihkan pada Kesha sajalah. Tapi saya tidak terlalu beria sangat, cukup lah sepasang dua baju raya. Tak mahu membazir. Kalau diri saya tu, biasa-biasa saja. "Saya memang suka masak. Jadi sekarang tengah masak juadah raya resepi nenek saya. Saya belajar masak rendang dan kuah lodeh. Saya raya di Kuala Lumpur. Nanti malam raya biasaya saya di rumah nenek saya. Raya pertama beraya dirumah saudara mara. Kemudian saya balik rumah saya. Kesha pula akan beraya dengan bapa dia. "Kat rumah saya pun memang tak ada kuih muih sangat. Kalau ada pun, satu-satunya kuih ialah kuih tart buatan isteri Man Kidal. Itu satu-satunya kuih raya yang saya suka makan. Itu jer lah untuk tetamu-tetamu saya (gelak). Tapi kalau ada orang datang, saya lebih suka masakkan juadah untuk menjamu mereka. Raya ni saya tak cuti lama. Saya akan ke Itali pada raya kelima", katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails