Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nash pilih gadis

PENYANYI kumpulan Lefthanded, Nash atau Jamaludin Elias baru-baru ini mendedahkan dia sebenarnya sedang mengenali seseorang. Amboi abang Nash kita, boleh tahan juga larisnya. Sebenarnya Aida perhatikan, selepas bercerai dengan isteri keduanya, yang juga pengasas kosmetik Allahyarham Sosilawati pada 2009, kehidupan cinta Nash lebih senyap. Dia banyak mendiamkan diri. Bagaimanapun, baru-baru ini Nash memberitahu dia sebenarnya sudah mengenali gadis ini selama setahun. Walaupun kedua mereka masih belum melafazkan kata cinta namun dia dapat rasakan hubungan ini berada di landasan yang betul. "Antara sebab saya tertarik dengan dirinya adalah melalui nilai kemelayuan yang dibawa dirinya. "Selain itu, dia mempunyai keunikan tersendiri untuk menulis diari hidupnya di dalam tulisan jawi, yang pada saya jarang untuk lihat itu di kalangan wanita kini," katanya. Nah, itu dia. Jawapan yang ditunggu-tunggu dari bibir seorang lelaki sematang Abang Nash. Ciri-ciri Melayu tu penting, jangan tak tahu. Memang Pada Syurga Di Wajahmu sangat katanya. Melihat perkembangan itu kini kami di meja Hits doakan agar Nash cepat-cepat menamatkan zaman dudanya sekali lagi. Semoga kali perkahwinannya juga akan kekal sehingga ke akhir hayat.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails