Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sasha Mahu Bersuamikan Lelaki Melayu, Tak Rela Bermadu

Sejak bergelar ibu tunggal setahun lalu, penyanyi dan pelakon Sasha Saidin, 36, mendedahkan ada di kalangan temannya mencadangkan agar dia mendirikan rumah tangga. Tak kurang, ada juga jejaka yang cuba mendekatinya. Namun ibu anak satu ini bukan terlalu jual mahal atau cerewet. Sebaliknya kata Sasha, seandainya dia ditakdirkan berkahwin sekali lagi, dia mahu bersuamikan lelaki yang benar-benar dapat membimbing dirinya dan juga anaknya. "Ada kawan-kawan yang cadangkan saya berkahwin. Tapi iyalah, jodoh ajal maut semua tu bukan atas kawalan kita. Tapi kalau saya nak kahwin pun sebab saya rindu nak ada baby. Teringin nak anak perempuan. Bukanlah bermakna saya tak perlukan lelaki dalam hidup saya. "Cuma kalau saya kahwin lagi, saya akan pastikan lelaki itu boleh membimbing diri dan anak saya. Dia seorang stabil dari segi keewangan dan rajin bekerja. Kalau boleh, kali ni saya nak lelaki melayu pula lah dan lelaki itu mesti tinggi", katanya sambil bergurau. Sasha ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan majlis pelancaran Program Terbaik Bulan Syawal, 5 Malam 4 Hari TV9 bertempat di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara, malam tadi. Tambah Sasha, kegagalan rumah tangganya sebanyak dua kali menjadikan dia lebih matang dan tidak lagi mengutamakan cinta semata-mata dalam perhubungan. Sebaliknya banyak perkara lain yang perlu diambil kira. Paling penting dia sebolehnya akan mengelak daripada mengahwini suami orang. "Kalau duda atau pun lelaki itu ada anak, saya tak kisah. Tapi saya tak mungkin berkahwin dengan suami orang. Sebab saya tak fikir saya boleh berkongsi kasih suami (bermadu). Tapi saya hormati pada wanita-wanita lain yang sedia bermadu. "Ada juga lelaki yang jauh lebih muda mendekati saya. Ada yang sebaya Zain (Zain Saidin). Saya kata pada mereka, mana mungkin saya terima lelaki yang sebaya dengan adik saya", katanya sambil tersenyum.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails