Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sorok Identiti Bakal Suami, Farawahida Terus Nikah

Tidak seperti kebanyakan pasangan, yang memilih melalui acara merisik juga ikatan pertunangan sebelum mereka benar-benar akan diijabkabulkan. Bagi penyanyi Farawahida, 28, dia memilih untuk terus saja bernikah pada Disember ini. "Saya dengan dia pun dah lama bercinta, 8 tahun. Jadi kami ambil keputusan untuk terus saja bernikah. Tak payah nak merisik dan bertunang. InsyaAllah majlis akan diadakan di Taiping, Perak. Majlis nikah pada sebelah siang dan malam pula bersanding" kata ketika ditemui pada rakaman Melodi Raya bertempat di PWTC, malam tadi. Sebelum ini Farawahida menerusi laman Facebook miliknya, berkongsi bersama peminat mengenai percintaannya bersama seorang jejaka yang ingin dikenali sebagai A. Bagaimanapun tatkala diajak berkongsi mengenai pemuda yang bakal dikahwininya itu, pelantun lagu Hilangkan Segalanya ini enggan mendedahkan nama sebenar lelaki tersebut. Kata Farawahida, belum masanya untuk dia bercerita lebih lanjut tentang bakal suaminya itu. "Dia berusia 29 tahun. Seorang yang simple. Bukan orang dalam industri. Sekarang dia bekerja dengan pakar jantung dan baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah. Bukan suami orang tapi masih bujang", guraunya. Mengimpikan sebuah majlis yang berkonsep ala kampung, beritahu Farawahida, setakat ini persiapan untuk majlisnya sedang diatur. "Persiapan tu dah ada. Saya pun akan pergi kursus kahwin. InsyaAllah masa raya nanti kedua-dua keluarga akan mengadakan perbincangan yang lebih serius. "Sebenarnya saya tunggu kakak saya yang kedua balik ke sini. Dia sekarang menetap di Jepun, ikut suami dia bekerja di sana. Jadi kebiasaannya dia boleh balik hujung tahun. Sebab tu saya pilih untuk melangsungkan perkahwinan semasa kepulangan kakak saya nanti", katanya.
Dalam pada itu Farawahida turut berkata berita perkahwinannya ini sekaligus memadamkan spekulasi mengenai gosip percintaanya dengan komposer Julfekar, yang sikit masa dulu hangat diperkatakan. "Terbukti selama ni gosip itu tidak benar. Hubungan kami hanya sekadar bekerja. Sejujurnya ketika heboh tentang gosip itu, saya rasa down. Alhamdulillah teman lelaki saya sangat memahami keadaan saya. Gosip itu langsung tidak memberi kesan terhadap hubungan cinta kami", katanya. Mengenai perkembangan karier, selepas mereleasekan single Jangan Tanya Aku Lagi, Farawahida kini sedang mencari material untuk single terbarunya. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails