Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tak Salah Kalau Nak Miang - Raja Azmi

Bohong kalau kata, beliau tidak mendengar dan tipu kalau beliau tidak terasa dengan cakap-cakap sesetengah pihak yang mengatakan beliau miang dan tidak sedar diri - dah tua-tua pun nak bertunang lagi. Namun bagi produser terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mi ini, kata-kata itu sedikit pun tidak membantutkan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, pemain basis kumpulan CRK, Mohd Eddie, 42, pada Isnin lalu. Malah beliau berasa bersyukur dan bertuah kerana diberi kesempatan untuk bertunang buat kali kedua. Selain kerana mahu mengikut adat dan ia juga atas desakan anak-anak, Raja Azmi berharap pertunangannya ini sebagai contoh terutama bagi kalangan wanita yang sudah berumur dan masih bujang supaya golongan iu tidak risau dan takut kalau mahu bercinta dan bertunang. "Rasa diri Kak Mi paling bertuah atas anugerah Tuhan. Apa yang berlaku hari ini adalah Tatu anugerah tuhan yang sangat besar. Bukan semua orang dapat merasa saat-saat begini untuk kali kedua dan Kak Mi dapat rasakannya. "Pertunangan ini juga adalah sebagai mengikut adat. Selain anak sulung saya yang mendesak. Katanya, kalau Eddie betul-betul serius, mintalah dia datang ke rumah secara adat. Sebab kami masing-masing sudah berumur, tetapi adat tak mengenal usia. "Mungkin ada yang akan kata, ala dah tua-tua, gatal ganyut pun nak bertunang lagi. Kak Mi rasa, tak salah kalau kita nak miang, kan? (gelak)", kata wanita berusia 54 itu ketika ditemui sejurus usai upacara menyarungkan cincin. Raja Ami memberitahu majlis pertunagannya itu tambah bermakna kerana tarikh 15 Julai siknifikan dengan tarikh perkenalan dan detik jatuh cinta pandang pertama antara mereka berdua iaitu pada 15 Februari lalu.
Malahan Raja Azmi mahu kisahnya ini dijadikan pengajaran dan contoh teladan yang baik oleh masyarakat. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah berusia dan masih bujang, agar jangan takut untuk bercinta, bertunang dan berkahwin. "Kak Mi nak kisah baik buruk perjalanan hidup Kak Mi ini dijadikan tauladan dan tontonan umum. Kak Mi anggap dengan berkongsi kisah hidup Kak Mi, ia juga sebagai satu sedekah. "Diharapkan Kisah Kak Mi boleh jadi contoh yang positif. Harap lepas ni perempuan-perempuan yang berusia di luar sana yang teringin nak bercinta lagi atau nak bertunang, silakan. Ianya satu anugerah yang besar dari Allah. Tak perlu nak sorok-sorok", katanya. Selain itu, Raja Azmi berkata tempoh bertunang selama dua bulan ini dapat memberi ruang yang lebih untuk beliau mengenali bakal suami beliau itu. "Kenapa kami tak nikah saja terus? Sebab bagi Kak Mi, dalam tempoh pertunangan ini lah akan terserlah perangai masing-masing dan memberi peluang kami mengenali dengan lebih rapat sebelum bergelar suami isteri. Kami juga perlu cekal dan banyak bersabar sepanjang dalam tempoh dua bulan ini. "Kak Mi ni sebenarnya seorang yang tak sabar tetapi Eddie seorang yang sangat sabar. Mudah-mudahan dengan sikap kami yang bebeza ini bawa satu yang positif, sehingga kami benar-benar nak dinikahkan dan biar ia kekal hinga ke akhir hayat.", ujar beliau yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan duda anak dua itu pada 15 September depan. Meskipun perkenalan mereka hanya baru enam bulan, namun Raja Azmi yakin Eddie boleh menjaganya dan memberikan kasih sayang kepada diri beliau. "Kak Mi yakin Eddie boleh menjaga Kak Mi. Walaupun mungkin dia tidak dapat memberikan kesenangan pada Kak Mi dari segi wang ringgit dan harta benda tapi dia akan berikan kasih sayang. "Terima kasih juga pada anak-anak yang sanggup layan kerenah ibunya ni. Susah nak cari anak-anak macam mereka. Kak Mi nampak mereka ikhlas dan dapat menerima Kak Mi bersama Eddie", tuturnya dengan nada sebak.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails