Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Takkan Cium Perempuan Lain - Amar Asyraf

Sejak bergelar suami kepada Arna Salleh pada 7 Jun lalu, aktor yang semakin meningkat naik namanya, Amar Asyraf mengakui dia kini lebih menjaga batasan dalam melakonkan sesuatu watak. Apatahlagi jika dia diberikan watak yang bertul-betul memaksa dia bersentuhan atau babak intim dengan pasangannya, awal-awal lagi dia sudah memaklumkan babak tersebut kepada isterinya. Malah kata pelakon yang berjaya mencuri tumpuan ramai peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam siri fenomena, Setia Hujung Nyawa ini, dia sebolehnya akan mengelak daripada melakonkan adegan mencium dahi dan pipi pelakon wanita. "Perempuan mana yang tiada perasaan cemburu, kan. Kalau tak banyak, sikit mesti ada. Sebab tu, kalau ada adegan intim yang saya kena lakonkan, saya pasti akan beritahu dia awal-awal supaya dia tak terkejut. Sekurang-kurangnya nanti kalau dia tengok lakonan saya di televisyen, tak lah dia terkejut sangat. Dia pun pernah cakap, jangan bagi dia terkejut. "Kalau kena juga lakonan babak romantik atau nak pegang-pegang pun ada batasnya. Tapi saya tak akan lakonkan adegan ciuman, misalnya cium dahi atau pipi mana-mana aktres. Sebab bagi saya, ciuman saya eksklusif untuk isteri saya saja. "Sebenarnya semua ini atas kemahuan saya sendiri. Isteri saya sedia memahami kerja saya. Malah dia dah tahu awal-awal, kalau dia berkahwin dengan saya, ada banyak perkara yang perlu dihadapi. Dan saya rasa penting untuk saya jaga hati dia", katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan pelancaran program-program terbaik Anugerah Syawal TV3, di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.
Amar dan Arna sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di kampung halaman isterinya, di Bidor, Perak. Bulan Madu di Pulau Berkongsi serba sedikit mengenai kehidupan sekarang, Amar berkata di awal-awal perkahwinannya, dia berasa kekok menjalani hidup berdua sebumbung. Arna pun baru memahami cara kerjaya Amar sebagai seorang pelakon. "Mula-mula tu kekok tapi lama-lama okay. Isteri saya pun baru tahu cara kerja saya dan dia dapat menerimanya. Dia rasional dan bijak. Sesekali tu ada juga dia kritik lakonan saya. Sekarang ni dia baru mulakan perniagaan butik pengantin dan hamper bersama rakan kongsinya", ujar Amar.
Belum berkesempatan berbulan madu dek kerana kesibukannya menjalani penggambaran. Bagaimanapun Amar sudah merancang mahu membawa Arna bercuti di Selatan Thai selepas selesai majlis resepsi sebelah pihak lelaki yang akan diadakan pada 17 Ogos ini, di Masjid Tanah, Melaka. "InsyaAllah selepas selesai majlis resepsi nanti, kami akan pergi berbulan madu. Kami berdua suka pulau. Jadi kami rancang nak berbulan madu di pulau Krabi atau Koh Samui", katanya yang akan membawa Arna pulang beraya di Melaka kemudian baru pulang ke rumah mertuanya di Bidor, Perak. Perkembangan lain, Amar bakal muncul menerusi telemovie khas raya, Setia Hujung Nyawa Raya di saluran TV3. Manakala selepas Aidilfitri nanti dia bakal memulakan penggambaran drama bersiri untuk slot Aksi di TV3. Drama arahan Khabir Bahtia itu turut menampilkan pelakon hebat seperti Remy Ishak dan Faizal Hussein. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails