Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tangguh kahwin Kami tak ada masalah - Farhan

BERMACAM-MACAM spekulasi timbul apabila penyanyi Farhan yang juga merupakan produk kelahiran Akademi Fantasia musim keempat (AF4) memaklumkan mengenai keputusannya menangguhkan perkahwinan. Antara spekulasi paling popular, hubungannya dengan tunang, Ahmad Rashdan Suhaimi sebenarnya sudah lama bermasalah lantaran masing-masing berdepan dengan situasi percintaan jarak jauh. Khabar angin itu bertebaran dan ramai yang percaya Farhan dan Rashdan kini sudah tidak sehaluan. Untuk menutup kelemahan, itu sebabnya Farhan didakwa terpaksa ‘berbohong’ dengan masyarakat bahawa dia menangguhkan perkahwinan itu atas faktor masing-masing sibuk membina kerjaya. Bertanyakan mengenai status hubungan penyanyi yang popular dengan lagu Kelmarin ini, Farhan menjawab dalam tenang. Kemahuannya cuma satu, penjelasan di bawah dapat menghentikan segala macam spekulasi yang timbul. Sudah setahun lebih menjadi tunangan kepada Ahmad Rashdan, betulkah hubungan Farhan dan tunang bermasalah? Saya dan dia tak ada masalah pun. Kami okey sahaja. Apa komen Farhan mengenai khabar angin yang mengatakan hubungan kamu bermasalah dan sebab itulah perkahwinan terpaksa ditangguhkan? Tipulah kalau saya cakap hubungan kami sentiasa baik saja. Gaduh, bertengkar mulut itu perkara biasa dan rasanya semua pasangan juga begitu. Dulu ya, kami mengalami saat yang sukar sebab percintaan jarak jauh. Tapi tak adalah teruk sangat. Apa pun, bila timbul masalah, kami akan cuba selesaikan dengan cara terbaik. Bagi kami bertengkar dan kemudian berbincang itu adalah perkara baik sebab dari situ kita cuba kenal pasangan kita. Tangguh kahwin itu hal lain, bukan sebab kami ada masalah. Jadi tangguh kahwin kerana apa? Perkara ini kami dah bincang dan setuju secara bersama. Kami tangguh kahwin sebab tahu masing-masing sibuk dengan kerjaya. Lagipun tunang saya baru setahun bekerja di Malaysia. Sebelum ini dia berada di luar negara. Jadi dia masih baru dalam suasana bekerja di tanah air sendiri. Jadi biarlah dia bina kerjaya dia dulu . Saya pula sibuk dengan jadual seni dan penerbitan single baru, Bukan Mimpi. Bila masanya sesuai barulah kami akan fikir mengenai perkahwinan. Orang kata tak baik bertunang lama-lama. Di depan mata juga banyak dah berlaku bertunang kemudian putus. Farhan tak bimbang? Betul orang cakap tak baik lama-lama tapi kena juga fikir, berkahwin secara terburu-buru juga tak baik. Bagi saya selagi ada persefahaman antara pasangan, lambat atau cepat itu bukan hal utamanya. Tiada desakan daripada keluarga Farhan atau Rashdan? Sebelum ini adalah mereka bertanya-tanya. Tapi selepas kami menjelaskan yang kami ada sasaran sebelum berkahwin, mereka faham dan tak mendesak. Kalau boleh saya dan tunang mahu berkahwin dalam suasana yang kami tak perlu kusut memikirkan hal kerja. Kami tak mahu tertekan. Tapi perkara ini ambil masa. Bila nak tetapkan tarikh kahwin? Tak pasti bila. Akan diberitahu nanti. Satu lagi isu, mengenai imej. Ada yang mendakwa Farhan dah tak mahu seksi-seksi lagi dah sekarang dan penampilan juga lebih sopan. Itu semua sebab nak jaga status sebagai bakal isteri orang atau bagaimana? Tak adalah. Rasanya saya masih Farhan yang dulu. Saya pakai apa yang saya rasa selesa. Saya pun tak faham kenapa orang kata saya seksi dari dulu lagi. Padahal saya rasa tak seksi pun. Entahlah. Bagi saya asal selesa dan yakin nak pakai dan gayakan, tak jadi masalah. Pernah terfikir mengenai penghijrahan? Macam kebanyakan yang dah dilakukan oleh artis kita sekarang? Bagi mereka yang dah berhijrah, bagi saya baik. Pujian buat mereka. Bagi saya biar dibuat dengan ikhlas hati. Insya-Allah saya juga akan ke arah itu. Doakan saya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails