Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tertekan kerana lakonan - Faradhiya

SEPANJANG menjadi pelakon lebih lima tahun lalu, tahun ini merupakan yang paling sibuk buat Farahdhiya. Dia sibuk kerana mendapat paling banyak tawaran berlakon drama bersiri dan telemovie daripada pelbagai syarikat produksi sejak akhir-akhir ini. Menurut pelakon berusia 29 tahun ini ekoran kesibukan itu dia mengakui berasa tertekan dengan kehidupan sehariannya kini. Namun, pada masa sama Farahdhiya mengakui kesibukan itu juga merupakan peluang yang membuka lebih luas rezekinya sebagai pelakon. "Saya mula sibuk sejak dari hujung tahun lepas sampailah sekarang. Boleh dikatakan setiap minggu saya mesti ada di lokasi penggambaran. Keadaan itu menyebabkan saya tidak cukup tidur. Saya memang tertekan dengan kesibukan saya sekarang ini. "Sebelum ini saya ada banyak masa untuk pergi ke gimnasium, berlatih seni mempertahankan diri muay thay atau main golf sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau dulu dalam sehari mesti saya ada masa untuk mengeluarkan berpeluh, tetapi sekarang terpaksa 'kehilangan' semua itu. "Saya akan terus sibuk sampai bulan puasa ini. Biasanya pada bulan puasa saya berehat berlakon selama sebulan. Ketika itu masa saya banyak di rumah dan dapat juga pergi solat tarawih tetapi kali ini bulan puasa pun saya ada penggambaran," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Dia yang baru sahaja tamat penggambaran drama berjudul Bukan Cinta Monyet arahan Azmi Hatta bersama Fahrin Ahmad dan Ziela Jalil untuk siaran TV3 tidak lama lagi turut mengakui kesibukan itu menyebabkan dia tiada masa untuk memikirkan soal teman lelaki. Bukan kerana tiada niat untuk mendirikan rumahtangga tetapi gadis kacukan Melayu dan Inggeris ini mahu merebut peluang yang datang dalam bidang lakonan selain berdoa serta berserah agar Allah mempertemukannya dengan seorang lelaki yang baik untuknya. "Sekarang ini saya sendiri tidak ada masa untuk diri saya sendiri. Dalam usia sekarang ini tipulah kalau saya kata tidak ada niat untuk berkahwin. Saya sekarang ini sedang menunggu kehadiran seorang lelaki yang boleh membuatkan hati saya berdetik untuk berkahwin. "Saya sudah tidak ada masa untuk bercinta lagi. Sebelum ini saya sudah ada pengalaman bercinta tetapi semuanya ke laut (gagal). Saya bukannya serik bercinta tetapi cukuplah saya pernah bercinta dengan dua lelaki tetapi semuanya tidak pergi ke mana pun, habis macam itu sahaja. "Setiap seorang saya buang masa bercinta empat tahun. Bayangkan kalau dua orang lelaki itu, saya habiskan masa selama lapan tahun untuk bercinta sahaja. Kali ini kalau boleh biarlah saya bercinta lagi tetapi selepas kahwin," ujarnya segan silu bercerita tentang pengalamannya itu.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails