Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tiada Perasaan Cinta, Dia Hanya Kenalan di BBM - Kilafairy

Dalam pada dia kini sedang rancak menguruskan peniagaan butiknya, Rack, timbul gosip penyanyi dan pelakon Kilafairy dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon dari Indonesia, Hardy Hartono. Mengulas mengenai spekulasi tersebut, kata Kila, dia dan aktor kacak itu hanyalah kawan biasa. Tidak lebih daripada itu. "Kami berkenalan secara tidak sengaja apabila Hardy meminta no pin BBM (Blackberry Messenger) saya melalui jurumekap setelah dia melihat wajah saya di akhbar. Buat masa sekarang, saya tidak pernah ada apa-apa perasaan terhadap dirinya memandangkan saya dan dia sendiri tinggal di dua negara yang berbeza dan masing-masing sibuk dengan kerjaya", katanya seperti yang dilaporkan gua.com.my Tambah anak dara kepada penyanyi popular 80-an, Rohana Jalil ini, disebabkan umurnya masih muda dia tidak mahu lagi memikirkan soal percintaan. Sebaliknya banyak lagi perkara lain yang harus difikirkan buat masa ini. Apa yang penting dia mahu fokus pada kerjayanya. Bagaimanapun, Kila tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan jodohnya bersama aktor tampan itu. “Saya tidak menolak sekiranya jodoh saya bersama dia, tetapi berharap bukanlah dalam jangka masa terdekat ini", ujarnya

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails