Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Bahagia berganda Ayu Raudhah

MELIHAT kejelitaan Ayu Raudhah Che Wan, mungkin anda juga mengidam kecantikan wajah mulus ini. Sibuk di lokasi tidak menghalangnya menjaga kecantikan. Sebagai seorang wanita, Ayu yang kini berimej tudung menitik beratkan penjagaan kulit wajah dan badan. Ternyata Ayu kini masih kekal jelita walaupun bergelar ibu kepada Muhammad Aisy Qaiser. Apakah rahsia wanita kelahiran Kedah ini? “Sebagai seorang isteri dan ibu, tentunya kita perlukan tenaga untuk menguruskan kerja-kerja rumah. Dalam masa yang sama, kita mahu kekal cantik. “Selepas saya diperkenalkan dengan Amaryllis Premium Collagen (APC), iaitu produk minuman yang dapat membantu meningkatkan kecantikan dan kesihatan tubuh, saya akui suplemen ini dapat memenuhi kedua-dua kehendak saya itu," ujarnya yang telah dilantik menjadi duta APC. Pada awalnya, Ayu hanya dijemput untuk melancarkan APC. Selepas berjumpa dengan Ayu, Pengarah Urusan Amaryllis Wellness Spa Sdn. Bhd, Ain Nadia Yusof terpanggil untuk melantik Ayu menjadi duta APC. “Sebelum ini, kami memang terfikir untuk mencari seorang duta produk. Kebetulan Ayu sudi hadir melancarkan produk tersebut. Saya lihat Ayu wanita berkeluarga, bekerjaya dan memiliki sifat kewanitaan," kata Ain Nadia. Bercerita lanjut mengenai APC, suplemen kolagen ini diambil daripada tulang rawan dan tulang kepala ikan yu. Kolagen ikan yu ini merupakan gred kolagen premium yang menghasilkan keupayaan membantu merawat dan pelembap paling berkesan berbanding produk berasaskan kolagen ikan tilapia, ikan kap, lembu, kambing dan sebagainya. Selain kualiti tinggi, kolagen tulang rawan dan tulang kepala ikan yu juga mempunyai kelebihan kerana ikan yu adalah sejenis ikan yang hidup secara semula jadi di laut dan tidak diberi makan pallet seperti tilapia dan ikan kap. " Ini menjadikan ikan yu kaya dengan zat-zat semula jadi yang diperlukan oleh badan manusia. Ikan yu juga mempunyai nilai ketahanan hidup yang tinggi dan antibodi yang kuat bagi melawan penyakit. "Tidak hairanlah kerana ikan yu adalah sumber kolagen yang bermutu tinggi yang bebas daripada penyakit dan bahan kimia. Sekali gus mengandungi protein yang tinggi membantu pertumbuhan tulang dan memperbaharui sel-sel di dalam tubuh manusia," tambah Ain. Rezeki Dalam pada itu, Ayu mengakui produk tersebut membantunya menjadi lebih bertenaga walaupun tidak cukup tidur. “Sebenarnya ini rezeki anak saya. Saya tidak sangka selepas melahirkan anak, saya masih lagi mendapat tawaran sebagai duta. Alhamdulillah, kolagen ini serasi dengan saya. Saya suka perasa buah-buahan kolagen ini. Malah kolagen ini sesuai untuk ibu yang menyusukan anak," katanya. Tambah Ayu, dia mendapat kebahagiaan berganda kerana selepas melahirkan anak, tawaran berlakon juga tidak putus-putus saya terima. “Kebetulan kita lihat sekarang ini banyak watak untuk wanita bertudung. Tetapi jadual lakonan saya agak terbatas kerana saya lebih menumpukan hal keluarga," ujarnya yang balik ke Kedah menyambut raya tahun ini. Aidilfitri Berkongsi sambutan Aidilfitri tahun ini, persiapan lebih tertumpu kepada anaknya. Katanya keseronokan itu sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Sudah pastinya, anaknya akan menjadi tumpuan saudara-mara. “Inilah kemeriahan beraya di kampung. Di kampung lebih meriah kerana mood perayaan dapat dirasai di mana jua. Bandar Alor Star yang sunyi dan senyap pada hari-hari biasa pun berubah wajah dengan hiasan dan kehadiran orang ramai," katanya yang menggemari biskut almond London dan cornflakes. Pada masa yang sama, Ayu memberitahu, dia juga menjalankan perniagaan tudung jenama Padusi bersama dua orang kakaknya, Rozita dan Rubytah. "Idea menjalankan perniagaan tudung ini timbul apabila ramai yang tertarik dengan rekaan tudung yang dihasilkan Kak Ruby. Akhirnya kami bertiga bersepakat untuk membuka sebuah butik khas menjual pelbagai rekaan tudung. "Sebenarnya perniagaan ini sudah dijalankan sejak setahun yang lalu dan butik kami ini terletak di Taipan USJ, Subang Jaya. Namun, kebanyakan rekaan tudung dihasilkan oleh Kak Ruby dan Rozita, manakala saya pula melaburkan modal untuk membuka perniagaan tersebut," ujarnya. Butik Padusi yang terletak di USJ 10, Subang Jaya Selangor menawarkan kepelbagaian selendang yang kebanyakan dihasilkan daripada sutera satin, sutera crepe dan sifon. "Kain asas tudung kami beli di kedai-kedai tempatan sekitar Lembah Klang namun untuk hiasan renda saya beli di Dubai kerana banyak pilihan yang cantik-cantik. "Kebanyakan tudung Padusi untuk wanita yang rajin berhias dan berfesyen. Selendang tidak boleh hanya disarung kerana memerlukan lebih masa untuk melilitnya. " Namun hasilnya menarik dan sesuai untuk menghadiri majlis makan malam atau digayakan pada Syawal yang mulia ini," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails