Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ibu, Bapa Ke Mekah Tinggalkan Adibah Noor

Pelakon dan penyanyi Adibah Noor memberitahu sambutan Aidilfitri tidak lagi memberi keterujaan kepadanya memandangkan sudah lima tahun dia menyambut perayaan itu sendirian. Adibah berkata, ini kerana sejak adiknya menetap di Mekah, ibu dan bapanya akan menjalani ibadah Umrah dan seterusnya beraya di sana bagi melawat adiknya itu. "Adik saya menetap di Mekah atas urusan kerja dan setiap tahun ibu dan ayah akan melawat adik di bulan Syawal. Senang, boleh sambut raya terus bersama-sama. "Jadi apabila dah macam itu, saya pula akan beraya sendirian di sini. Lagipun, kawan-kawan pun ramai di sini, boleh saja sambut raya dengan mereka," katanya. Bagaimanapun beritahu Adibah yang juga merupakan penyampai radio Suria FM, dia begitu gembira apabila perlu bekerja di studio pada sambutan Aidilfitri kali ini. "Jujurnya rasa seronok sangat sebab saya lagi suka bekerja berbanding cuti. Dan ini merupakan kali pertama saya bekerja pada sambutan Syawal. "Rasa teruja pun lain macam saja. Jadi buat peminat-peminat, dengarkan saya berceloteh di pagi raya nanti tau," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Adibah bersama penyampai radio Suria FM lain iaitu Halim Othman, Reza Mohamed, Seri Nazira, Linda Onn, Bob Ringgo, DJ Lin, Wan Ajaib dan Naim Tahak berpadu suara dengan sebuah lagu Raya berjudul Aidilfitri. Lagu tersebut turut dimuatkan dalam album kompilasi Raya Suria terbitan Suria FM, hasil kolaborasi bersama syarikat rakaman Life Records.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails