Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kasihan Che Ta

MASUK-masuk kerja selepas raya, heboh cerita janda panas, Rozita Che Wan yang bengang dengan seorang peminat kerana buat cerita. Al kisah konon-kononnya Rozita yang semua orang panggil Che Ta itu sudah bertunang dengan kekasihnya Zain Saidin pada hari raya ketiga yang lalu. Ikut kata Che Ta, seorang pemuda yang datang ke rumahnya dan bergambar dengan Zain dan Ayu Raudhah tapi memuat naik gambar berkenaan dengan hastag #MajlisPertunanganRozitaCheWandan S2ZainSaidin. Huru-haralah jadinya, semua orang beri perhatian dan mula tuduh Che Ta mungkir janji. Kata tak nak bertunang, tiba-tiba bertunang pula. Bagi Diva, itu satu perilaku melampau. Rasanya peminat itu sengaja nak tumpang populariti Che Ta dan Zain. Bila muat naik gambar dengan maklumat macam tu, bukan Che Ta dan Zain yang dapat nama, pemuda itu juga yang dapat. Diva sebenarnya simpati dengan Che Ta, banyak sangat fitnah dan tuduhan. Bukan senang jadi cantik dan popular, janda pula, itu memang bahan fitnah. Kalau tak kuat memang boleh ranap. Kagumlah dengan Che Ta, cepat-cepatlah langsung, jangan lupa jemput Diva.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails