Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kongsi kisah putus cinta dalam lagu - Marsha

MARSHA Milan Londoh tidak pernah merasakan setiap perincian kisah peribadinya sebagai penghalang untuk dia berfikiran optimis. Sedar dunia artis menuntut banyak sisi kesabaran, Marsha bagaikan sudah kalis dikecam atau dikritik. "Saya sedar sensitiviti umum. Apabila ada yang dirasakan tidak kena pasti perkara itu diperkatakan. Sebagai pelakon, saya kena terima pandangan umum dengan rasional," katanya menyentuh isu adegan ranjang bersama pelakon berkaliber, Wan Hanafi Su dalam filem Laga yang hangat dibualkan baru-baru ini. Isu itu timbul apabila syarikat penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd. melalui treler Laga, menampilkan Marsha dalam keadaan yang mengghairahkan dengan hanya berkemban. Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak itu menampilkan Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan beberapa nama besar yang lain. Membiarkan isu itu reda sementelah filem berkisar laga ayam itu masih belum ditetapkan tarikh tayangan, selebriti dari Sabah itu yakin pihak pengarah dan penerbit mempunyai alasan tertentu untuk memasukkan adegan asmara ke dalam filem berkenaan. "Lama-lama isu itu akan reda sendiri, tunggu filem keluar barulah penilaian sebenar boleh dibuat. Sekarang fokus saya kepada single terbaharu, Jujur Bilang Cinta yang sudah lancarkan. Saya mahu dilihat sebagai penyanyi yang serius walaupun banyak terlibat dengan produksi drama dan filem. Menyanyi tetap keutamaan dalam karier seni saya," katanya yang bakal masuk studio untuk rakaman Propaganza dan drama bersama Michael Ang, Ku Kejar Bintang dalam masa terdekat.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails