Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rita Rudaini Pernah Dihalau Keluarga Aidil Zafuan

Umum mengetahui, sejak dari awal lagi rumah tangga yang dibina pelakon jelita Rita Rudaini bersama bintang bola sepak Aidil Zafuan Abdul Radzak tidak direstui oleh ibu bapa dan keluarga pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu. Hanya sempat mengecap nikmat kebahagiaan berumah tangga selama sembilan bulan, kemudian Rita melalui pelbagai cabaran dalam perkahwinan mereka termasuklah kes makhamah yang berlarutan sehingga dua tahun lamanya. “Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya. “Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,” katanya. Namun semuanya seakan berakhir apabila pada 27 Ramadan lalu Aidil dikatakan sudah menceraikan Rita menerusi satu kiriman pesanan ringkas SMS. Bagaimanapun timbul isu panas apabila Rita dikatakan menuduh Aidil serta keluarga mertuanya sebagai cetek ilmu agama gara-gara tindakan Aidil yang yang menceraikkannya pada penghujung Ramadan, di saat umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan malam Lailatul Qadar. Rita berkata, kini dia tidak lagi kisah jika masyarakat memandang serong setiap kenyataan yang keluar dari mulutnya, termasuk ‘menuduh’ bekas ibu serta bapa mentuanya sebagai cetek ilmu agama. Malah teraju utama drama Sehangat Asmara itu turut menyangkal dakwaan Aidil kononnya dia tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan bapa mentuanya. Sebaliknya mendedahkan dia pernah dihalau oleh kakak Aidil tanpa belas kasihan. “Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka. "Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu. "Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda", kata Rita. sumber : Berita Harian

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails