Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Salwa akui sukar jadi penyanyi

PENJENAMAAN semula membawa aura baharu dalam hidup Salwa. Awalnya, dia mahu dikenali dengan nama Aurora Salwa, tetapi kemudian akur untuk muncul dengan nama yang lebih senang disebut, Salwa Razak. Penyanyi tinggi lampai ini muncul dengan dengan dua buah single berjudul Hidup Baru dan Takdir Dan Masa. Kedua-dua buah single itu ditulis oleh komposer, Kunci Demak. Menurut Salwa, single dengan tajuk Hidup Baru tersebut mempunyai sentuhan peribadi buat dirinya dan dia sendiri bertindak memilih Rudi atau Kunci Demak untuk menjalin kerjasama.
Seperti lagu yang sedang didendang dan dipromosikan, Salwa mengharap tajuk tersebut memberi sinar dalam hidupnya. Dia kekal positif dan lebih terbuka dalam mengorak langkah sebagai penyanyi. Meninggalkan karier lamanya sebagai anggota polis, penyanyi ini nekad dan yakin dengan bakat yang ada dalam dirinya. Kini Salwa bergerak di bawah bumbung label JJ Solution Sdn. Bhd., kepunyaan Junita Jaafar yang juga bertindak selaku pengurusnya. "Selepas seronok beraya, saya akan kembali mempromosikan lagu-lagu saya dan membuat jelajah di stesen-stesen radio. Saya juga terlibat dengan sebuah drama yang bertajuk Misteri X," ujarnya yang sebelum ini terkenal dengan lagu bertajuk Ahmad.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails