Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sasha Jawab Gosip Intim, Rancang Kahwin Dengan Awi Rafael

Baru-baru ini timbul gosip kononnya Sasha Saidin kini sedang menjalinkan hubungan intim dengan pelantun lagu Bila Aku jatuh Cinta, Awi Rafael. Biarpun sebelum ini Awi pernah membidas gosip itu, namun desas-desus mengatakan hubungan mereka serius dan sedang merancang untuk berkahwin. “Sebenarnya kami hanya sekadar kawan. Saya pun baru mengenali Awi ketika kami sama-sama menyertai sebuah program amal di Johor pada bulan Ramadan lalu. Dari perkenalan itulah, kami terus berkawan. Awi mempunyai projek ‘girl band’ yang konsepnya sama seperti kumpulan Elite. Jadi dia meminta pendapat dan buah fikiran saya mengenai projek tersebut,” jelas Sasha yang turut mengakui pernah keluar bersama Awi tetapi turut disertai kawannya yang lain Ketika diusik dengan pertanyaan adakah Awi mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya, Sasha ada penjelasan tersendiri mengenai perkara tersebut. “Saya belum mengenalinya dengan lebih rapat, kami sekadar teman. Tapi secara umum, saya melihat yang Awi ini seorang lelaki yang matang, bekerja keras, genius dan dia sangat berbakat dalam bidang yang diceburinya iaitu bidang muzik. "Dia juga sangat banyak membaca dan sangat seronok untuk berbual bersamanya sebagai seorang kawan. Lagipun saya baru sahaja kenal dia ketika bulan puasa yang lalu. Syawal pun belum habis lagi,” seloroh ahli kumpulan Elite ini lagi. Ketika ditanya adakah Sasha menerima jika jodohnya bersama Awi, Sasha menyerahkannya semua kepada takdir. “Semuanya di tangan Tuhan. Saya tak tahu apa yang bakal terjadi nanti. Sekiranya perkara ini betul-betul terjadi, apa yang penting ialah saya ‘single’ dan dia pun ‘single’. Jadi kami masing-masing tidak mempunyai komitmen dengan orang lain. Awi seorang jejaka yang baik, matang dan berkerjaya. Tapi apa yang bakal berlaku nanti, semuanya terletak di tangan Allah. Tapi kini saya cuma berkawan dengan dia,” cerita Sasha lagi. sumber : Gua.com.my

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails