Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Shuib (Sepahtu) Puji Sikap Jepp Tidak Lupa Diri

Pelawak Shuib (Sepahtu) mengakui tersentuh dengan keperibadian rakan kumpulannya iaitu Jepp yang sentiasa bersikap rendah diri dan tidak lupa mengingati asal-usul mereka. Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 29, berkata, Jepp sering menasihatkan dirinya tentang kehidupan sebagai artis hanyalah satu kerjaya untuk mereka mencari rezeki semata-mata. "Secara jujurnya saya tersentuh dengan keperibadian Jepp yang sentiasa beringat tentang keluarga di kampung. "Apa pun kerjaya yang dilakukan bukan kerana ingin mengejar populariti tetapi kerana tanggungjawab terhadap ibu-bapa dan adik-adiknya. "Dia juga tidak pernah belanja berlebih-lebihan, berhibur atau beli barangan yang mahal-mahal," katanya kepada mStar Online. Tambah Shuib, sejak bergelar artis, Jepp antara orang yang banyak menegurnya tentang tanggungjawab kepada keluarga dan agama. "Saya suka perjalanan hidup dia yang teratur, dia juga selalu nasihatkan saya tentang kewajipan melakukan sembahyang dan puasa. "Dia kata, selagi kita berada di landasan yang betul, kita boleh berjaya," katanya. Shuib berkata, dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan dan rezeki sahabatnya itu. "Saya bersyukur dengan apa yang dia dapat sekarang, rezeki dia juga semakin bertambah, pada saya dia adalah contoh artis yang baik," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails