Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Syawal yang dinanti - Linda Hashim dan Beego

BAGI pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, Syawal merupakan saat yang amat ditunggu-tunggu. Begitu juga dengan pasangan Beego dan isterinya, Linda Hashim. Jelas Beego, setelah sah bergelar suami, tanggungjawabnya cukup besar bagi memastikan kelancaran hidup berumahtangga. “Saya amat teruja melaluinya lebih-lebih lagi saya akan beraya dengan keluarga baru. Ini merupakan pengalaman tersendiri buat saya. “Tahun ini saya akan balik ke kampung saya di Johor dulu sebelum pulang ke rumah mentua di Perak. “Sekarang ini saya dah jadi ketua keluarga, bukan tugas yang senang sebenarnya. Hari raya kali ini merupakan sambutan yang saya tunggu-tunggu dan paling mencabar bagi saya. “Masakan tidak, baru dua bulan mendirikan rumahtangga, kini tiba pula hari raya. Duit semua dah habis buat majlis hari itu namun Alhamdulillah, saya percaya pada rezeki," jelasnya. Beego juga cukup teruja bercerita tentang pengalaman berpuasa tahun ini kerana dapat merasai nikmat berbuka dan bersahur dengan isteri tercinta. “Kalau bujang dulu berbuka atau bersahur semuanya di kedai. Kali ini bersahur dan berbuka dengan isteri. “ Linda sebenarnya cukup pandai memasak, apa sahaja makanan yang saya inginkan dia akan masak. Saya sahaja yang gerun nak makan banyak sebab takut gemuk," kata Beego sambil ketawa. Pengalaman pertama beraya di rumah mentua Bagi Linda pula pengalaman menyambut Ramadan dan Syawal sebagai seorang isteri cukup mengujakan. Malah dia juga bertuah kerana suaminya tidak cerewet. “Alhamdulillah, Beego bukan jenis yang memilih atau cerewet. Saya pula suka memasak, apa saja yang Beego nak makan saya akan cuba sediakan. Dia juga suka dengan masakan saya. “Sebelum ini, Beego tidak makan tempoyak tetapi selepas saya sediakan lauk itu tempoh hari, Beego terus ‘melekat’ dan sampai sekarang dia pula yang lebih-lebih sukakan tempoyak," jelasnya. Bakal meraikan Syawal di rumah mentua tahun ini, Linda mengakui perasaannya bercampur baur - antara sedih dan gembira. Ini kerana buat pertama kali dia tidak akan menyambut hari raya bersama keluarganya. “Saya tidak pernah tidak bersama keluarga pada hari raya pertama tetapi tahun ini saya akan pulang ke rumah keluarga Beego di Johor. Kemungkinan hari raya ketiga baru kami pulang ke Perak. “Walaupun sedih saya tetap teruja untuk beraya dengan keluarga mentua. Ini pengalaman baru dan saya juga ingin merasai bagaimana suasana beraya di Johor," kata Linda. Ditanya mengenai pengalaman bangun sahur pula, Linda berkata, ada juga beberapa hari mereka berdua terlepas untuk bersahur dek kerana terlalu penat bekerja. “Saya sudah kunci jam namun kami berdua tetap tidak sedar," jelasnya. Juadah raya Beego berkata, dia amat menggemari pulut apa sahaja makanan berasaskan pulut. “Ya, saya memang sukakan pulut antaranya lemang dan pulut kuning. Pulut ini bukan selalu kita jumpa, hanya pada hari-hari istimewa saja baru kita boleh menikmatinya," jelas Beego. Bagi Linda pula, kuih tradisional kelamai dari Gopeng, Perak merupakan juadah yang cukup disukai ketika setiap kali tibanya Syawal. “Kuih ini cukup unik, hanya di Perak sahaja kita boleh jumpa, nak hasilkannya juga bukan senang. Itu yang membuatkan juadah ini cukup unik bagi saya," jelas Linda.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails