Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Vince AF1 Kahwin Mac Tahun Depan

Penyanyi Vince memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun depan dengan seorang pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airline System (MAS), Fiona Edward, 32. Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong, 33, berkata, dia sudah memilih lokasi di sebuah taman di Janda Baik dengan bertemakan perkahwinan dalam taman. "Saya akan melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun depan, namun tarikh sebenar nanti saya beritahu kemudian kerana masih dalam perbincangan. "Setakat ini kami merancang untuk mengadakan majlis secara sederhana bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan dalam suasana taman dan alam semula jadi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Vince, dia memilih tema tersebut kerana bertepatan dengan jiwanya yang lebih suka kepada alam semulajadi dan sesuatu yang damai. Dalam pada itu, Vince berkata, persiapan perkahwinan akan diuruskan oleh pihak keluarga masing-masing. "Kami mahu majlis itu biarlah tertutup dan hanya keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuk media. "Bagi saya, apa yang penting ialah majlis tersbeut berjkalan lancar dalam keadaan yang boleh diingati," katanya. Bercerita tentang tunangannya, Vince berkata Fiona seorang gadis biasa yang berjaya memikat hati keluarganya. "Dia seperti gadis normal yang lain, apa yang penting ialah keluarga saya sayangkan dia dan dia sangat rapat dengan keluarga saya. "Saya seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan, jika saya suka tetapi keluarga tidak suka gadis tersebut saya akan beralah kerana saya yakin kebahagian rumahtangga terletak pada restu ibu bapa," katanya. Tambahnya, wanita tersebut juga seorang yang sangat memahami dan mudah bertolak ansur. "Dia sentiasa faham perangai saya yang panas baran dan dia tahu bagaimana untuk sabar dan sejukkan perasaan saya. "Bagaimanapun dia tidak suka berada di hadapan media atau dikenali sebagai tunang saya," katanya. Vince dan Fiona bertunang pada 30 September tahun lalu di Bali, Indonesia. "Saya lamar dia masa hari jadi saya di Bali. Memang saya rancang nak buat kejutan pada dia. Atas bantuan kakak saya, rancangan saya menjadi. "Ketika tu, mereka keluarkan kek dan saya katakan pada Fiona, hadiah yang saya dapat ni tidak lengkap kalau Fiona tak pakai. Kemudian saya terus buka satu kotak berisi cincin dan saya berikan padanya. Dia terkejut", katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails