Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Adam AF nikah Fiza Elite 26 September ini

TIADA ANGIN, tiada ribut, tiba-tiba sahaja keluar berita di sebuah akhbar semalam, penyanyi dan pengamal perubatan, Adam dan Fiza Elite akan bernikah pada 26 September ini pada pukul 10 pagi di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam dan sebuah majlis persandingan yang akan diadakan di kampung halaman Adam di Sabah. Khabar gembira itu benar-benar mengejutkan banyak pihak kerana tidak pernah keluar cerita tentang percintaan mereka berdua sebelum ini. Sebaliknya Fiza atau nama sebenarnya, Siti Saidatul Fiza Abdul Halim, 32, ibu tunggal kepada dua puteri, Ferra Aryanna, 5, dan Feeya Adyrra, 4, sebelum ini dikatakan kecewa kerana perkahwinan yang dirancang pada Jun lalu dengan seorang lelaki yang enggan didedahkan identitinya telah dibatalkan. Adam atau nama penuhnya, Mohd Aizam Mat Saman, 30, pula juga sebelum ini dilihat berkawan dengan ramai wanita tetapi tidak pernah dikaitkan dengan Fiza. Sedar ramai yang terkejut dengan berita pernikahannya itu, Adam dengan tenang mengaku, Fiza adalah wanita pilihannya walaupun hubungan mereka hanya mula rapat sejak bulan Ramadan lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Adam semalam. Kosmo!: Benarkah Adam akan berkahwin dengan Fiza pada 26 September ini? ADAM: Memang benar. Jika diizinkan insya-Allah saya akan bernikah dengan Fiza pada tarikh tersebut di bilik pelamin Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam. Mengapa tiba-tiba ingin bernikah kerana sebelum ini tidak ada cerita kalian bercinta? Dalam minda orang ramai kalau artis bercinta mesti keluar gosip terlebih dahulu. Ramai yang tidak terhidu hubungan kami dan kami tidak dedahkan ketika itu kerana belum ada apa yang ingin disahkan. Sekarang memang sah kami akan berkahwin, saya pun tidak mahu sorok-sorok kerana orang akan tahu juga.
Bagaimana hubungan kalian boleh terjalin? Semuanya bermula pada bulan Ramadan lalu menerusi Blackberry Messenger (BBM). Waktu pertama kali saya berjumpa dengannya dia belum berhijab, kemudian saya lihat dia ubah gambar profil dengan memakai hijab, ingatkan watak dia bertudung dalam lakonan. Saya tegur dalam BBM dan dia kata, itu memang imejnya sekarang, sejak itulah kami mula rapat. Adakah pernikahan ini tergesa-gesa kerana baru beberapa bulan sahaja kalian rapat dan terus ambil keputusan untuk bernikah? Sebenarnya, sebelum ini saya sasarkan untuk berkahwin pada usia 28 tahun, sekarang umur saya sudah 30 tahun. Memang saya berdoa pada Allah untuk mendapat jodoh dengan segera, Alhamdulillah Allah bukakan hati saya untuk menerimanya. Hari kedua kami berjumpa, terus kami berbincang soal pernikahan. Saya sendiri hairan dengan keterbukaan hati saya, mungkin ini sudah jodoh saya. Apakah yang membuatkan anda tertarik kepada Fiza? Dia seorang wanita yang lemah lembut dan memahami diri saya. Sejujurnya, sebelum ini saya pernah bercinta dengan beberapa orang wanita tetapi dengan Fiza perasaannya berbeza. Saya tidak pernah rasa perasaan ini dengan wanita lain, ketika itu saya tahu dialah wanita pilihan saya. Sudahkah anda bersedia menerima Fiza yang berstatus ibu tunggal kepada dua orang anak? Pada mulanya ketika saya suarakan hasrat untuk berkahwin dengannya, ibu saya membantah kerana statusnya. Mampukah saya menjaga wanita dengan dua orang anak? Selepas Fiza melawat keluarga saya pada hari raya lalu, mereka semua sukakan dia dan terus merestui hubungan kami. Saya sendiri tidak kisah dengan statusnya kerana saya menerima diri dia seadanya. Adam AF nikah Fiza Elite 26 September ini

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails