Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Adam Letak Syarat, Anak-Anak Fiza Senang

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Adam (AF2) tidak menghalang isterinya Fiza (Elite) untuk meneruskan kerjaya lakonannya pada masa akan dengan syarat Fiza perlu menjaga batas-batasnya sebagai seorang isteri. "Dia boleh berlakon, tak ada masalah. Cuma kena jaga batas-batas seperti tidak boleh melakonkan babak bersentuhan, pegang-pegang. Dia boleh teruskan kerjaya dia dan saya akan tumpukan pada pusatan rawatan saya iaitu Nur Salam", kata Adam ketika ditemui sejurus usai majlis ijabkabul bertempat di banggunan Jabatan Agama Islam Selangor, semalam. Pasangan ini sah sebagai suami isteri dengan hanya sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi, semalam { Baca lagi : Foto: Nikah di MAIS, Adam-Fiza Sah Suami Isteri Sekali Lafaz } Dalam pada itu Adam menjelaskan majlis pernikahan mereka bukanlah dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Sebaliknya mereka telah membuat persiapan sejak bulan Ramadan lalu. Namun berita mengenai pernikahan mereka terdedah beberapa hari sebelum majlis dilaksanakan. "Kami bukan tergesa-gesa. Persiapan kami nak kahwin dah dibuat sejak bulan puasa lalu. Cuma baru beberapa hari ini orang baru dapat tahu. Patutnya kami nak bernikah sama dengan tarikh ulang tahun kelahiran saya iaitu pada 19 September lalu. Tapi banyak urusan yang kami perlu selesaikan. Sebenarnya kalau diikutkan, dua hari saya jumpa Fiza saya dah terus ajak dia nikah", dedah Adam. Bercerita lanjut mengenai hal itu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Jatuh' ini berkata, setelah lama todak berhubung, dia mula memberanikan diri untuk mennghubungi Fiza apabila terpandang status di BB pin bekas kumpulan Elite itu sudah bertudung. "Sebelum ni memang saya pernah jumpa dia di acara hiburan. Tapi masa tu dia belum berhijab lagi. Ketika tu kami mula tukar BB pin. Selepas lama tak berhubung, alih-alih sebelum bulan puasa lalu saya nampak di status BB pin dia, yang dia dah berhijab. " Saya ajak dia berjumpa dan kali pertama kami di Kota Damansara, selepas solat Tarawih. Sejak pertemuan itu, saya terus cama rindu, angau dan saya asyik terbayang-bayang wajah Fiza. Semasa kali kedua saya jumpa dia, saya nyatakan hasrat saya nak menikahi dia. Dia pun tersenyum-senyum", katanya yang turut terpikat dengan kelembutan dan ketegasan isterinya itu terutama dalam hal menguruskan anak-anak. Adam juga memberitahu pada Aidilfitri lalu dia ada membawa Fiza pulang ke Sabah dan diperkenalkan kepada keluarga, ternyata keluarganya sangat menyenangi kehadiran Fiza. Ditanya mengenai tanggungjawabnya sebagai bapa segera kepada dua cahaya mata Fiza (hasil daripada perkahwinannya sebelum ini), Adam berkata dia tidak mempunyai masalah kerana sudah terbiasa dengan kanak-kanak. Ini kerana jarak di antara dia dan adik-diknya agak jauh, jadi selain sebagai abang ada ketika dia juga sebagai ayah. Mengenai perancangan bulan madu, setakat ini mereka belum memikirkan destinasinya. Manakala untuk menimang cahaya mata sendiri Adam hanya menyerahkan kepada Allah. Tetapi dia dan isterinya tidak menolak jika mereka dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. Sengaja Reka Gosip
Sementara itu Fiza yang turut berada di sisi suaminya meluahkan rasa syukur dan menharapkan perkahwinan kali keduanya ini berkekalan hingga ke akhir hayat. "Sebelum ni saya ada juga berkawan dengan orang lain, tapi anak-anak saya tak berkenan dengan kawan lelaki saya itu. Tapi bila saya bawa mereka jumpa Adam, mereka sangat mudah mesra. Baru pertama kali jumpa mereka dah panggil Adam dengan panggilan Abi. "Jadi bila saya tengok penerimaan anak saya terhadap Adam okay, jadi saya terus yakin untuk menerima Adam", katanya. Pada masa sama Fiza menjelaskan gosip yang timbul mengatakan dia tidak jadi berkahwin dengan sesorang lelaki sebelum menerima lamaran Adam, adalah tidak benar. Ia hanya rekaan semata-mata daripada pengurus Fiza sendiri. "Oh tentang nak kahwin tak jadi tu, sebenarnya gosip tu direka oleh pengurus saya. Memandangkan saya dah lama tak ada publisiti jadi En. Bad (pengurus) saja lah buat cerita tu. Sebelum Adam melamar saya, Adam kata dia ada google malah bertanyakan saya tentang perkara itu. Dan semuanya tak benar", tuturnya. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails