Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Aril Menangis Dalam Konti Era.FM, Kenapa?

Selepas beberapa bulan bergelar deejay radio Era.FM sepenuh masa, penyanyi Aril memberitahu dia seronok dengan kerjaya barunya itu namun mengakui tugasan tersebut bukan lah semudah yang disangka. Malah bekas naib Juara Akademi Fantasia Musim ke 7 (AF7) ini mendedahkan dia pernah menangis di dalam konti. "Masa awal-awal dulu saya pernah menangis sebab saya rasa susah sangat. Bayangkan kita duduk di dalam bilik kedap itu dan sebenarnya sepanjang ke udara, saya perlu buat banyak benda dalam satu masa. Manakan nak tekan pelbagai butang, dengan mulut nak bercakap dan otak kita perlu berfikir. "Selain tu, mula-mula tu saya rasa asing di kalangan deejay lain. Tapi lama-lama saya dan mereka seperti satu keluarga. Saya ambil masa tiga bulan untuk sesuaikan diri. Dengan bantuan dan tunjuk ajar seperti dari Adifashla dan Dina Nadzir, saya semakin selesa dan semakin pandai mengendalikan tugasan saya. "Seperkara yang saya berlajar, bergelar deejay menjadikan saya seorang yang menepati masa", katanya ketika ditemui pada pelancaran single Tulus, lagu duetnya bersama penyanyi Indonesia, Terry, bertempat di Pulblika, semalam. Pemilik nama sebenar Khairil Azam Pilus ini secara rasminya menjadi penyampai radio Era FM sejak 1 Ogos lalu. Dia mengendalikan rancangan carta lagu Meletop 40 pada setia hari Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 12 malam. Lagu Disekat
Dalam pada itu Aril menyedari sebagai penyampai radio Era.FM, justeru lagu nyanyiannya mungkin tidak dimainkan oleh stesen radio swasta lain. Walaupun masih tertanya-tanya mengapa situasi itu boleh terjadi, Aril bagaimanapun berharap diskriminasi itu tidak berterusan. "Lagu saya tak dimainkan di radio lain, bagi saya soal kecewa tu dah jatuh nombor dua. Kadang-kadang saya tak faham dan masih lagi tertanya-tanya mengenai isu (lagu disekat) itu. Bukankah tindakah sebegitu boleh dikira menutup periuk nasi orang lain. Dan kalau terjadi pada siapa-siapa pun, pasti timbul rasa kecewa. Saya harap mentaliti tu dapat diubah", katanya yang tetap meletakkan karier nyanyiannya sebagai keutamaan meskipun kini bergelar penyampai radio. Sementara mengenai single terbarunya, Aril berkata dia amat berbesar hati kerana lagu Tulus dapat diterima ramai dan berjaya menembusi carta-carta radio di Indonesia. Menerusi kolaborasi bersama Terry, Aril menyimpan hasrat mahu mengintai peluang di persada muzik negara seberang itu satu hari ini. Selain itu lagu Tulus bakal menajdi agu tema untuk sebiah drama bersiri 28 episod berjudul Dia Suamiku yang akan bersiaran di Astro Prima bermula 14 Oktober ini. Drama tersebut dijayakan barisan pelakon hebat seperti Yana Shamsudin, Nabila Huda, Fauzi Nawawi dan Dazrin. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails