Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Diana Danielle Tunjuk Bukti Kesahihannya Belajar di Australia

Pemergian Diana Danielle ke Australia awal tahun ini bagi menyambung pelajaran sebenarnya mendapat perhatian ramai yang meragui kesahihan pelakon ini berada di sana untuk belajar. Ada yang membuat andaian Diana Danielle membawa diri ke Australia kerana ingin lari dari pandangan peminat dan juga media ekoran dirinya yang sedang sarat mengandung ketika itu. Menerusi akaun Instagram, isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil ini telah memaparkan sekeping gambar yang menunjukkan kad pelajar sekaligus untuk membuktikan memang benar dirinya menuntut di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia.
Gambar tersebut turut disertakan dengan sebaris ayat berbunyi ‘Best time of my life’. Diharapkan dengan tindakan Diana mengemukakan bukti ini terhapuslah desas desus mengatakan dia pergi ke sana semata mata ingin melarikan diri dari kita semua.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails