Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Didie Alias kecewa ditipu rakan sendiri

KELETAHNYA yang sentiasa menceriakan suasana dan perwatakan yang unik telah menjadikan aktres, Didie Alias pilihan syarikat pelancongan Amar Travel & Tours sebagai selebriti pertama yang dipilih bagi mewakili pakej pelancongan mereka. Mensyukuri rezeki yang diraihnya kini, bicara Didie mengimbau pengalaman buruk yang pernah berlaku terhadap diri, dia kini lebih berhati-hati untuk memilih tawaran. “Pengalaman tahun lepas memang membuat saya lebih berhati-hati dan saya benar-benar kecewa. Ini kerana pemilik syarikat tersebut merupakan rakan yang telah dikenali sejak 15 tahun lalu. “Saya juga rasa telah menipu kawan-kawan lain dan jelaskan kepadanya bahawa saya tidak mahu terlibat lagi. “Sejujurnya, sebelum terima tawaran Amar Travel & Tours ini, saya telah memeriksa latar belakang syarikat itu. “Terbukti mereka memang telah lama dalam bidang pelancongan dan ada lesen,” tutur Didie ketika ditemui pada sidang akhbar Let's Cruise With Lady Didie yang bertempat di Modesto's Capsquare, Kuala Lumpur. Didie's Entertainment & Management Bercerita lanjut mengenai tawaran yang baru diterimanya itu, kata Didie, dia terus mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut dengan Amar Travel & Tours. Selepas, bersetuju dengan semua perkara yang dibincangkan, syarikat pelancongan itu akhirnya melamar Didie dengan menandatangani kontrak setahun bermula tahun 2014. “Kami berbincang secara serius dan hasilnya, pelancongan cruise ini merupakan cubaan pertama bersama peminat yang ingin turut serta. Di atas kapal itu kelak, saya akan menghiburkan pelanggan dengan pelbagai aktiviti menarik.
“Jika ingin dapatkan maklumat lanjut boleh hubungi talian Amar Travel & Tours atau laman-laman sosial seperti di laman-laman web, Facebook, Instagram serta kelab peminat saya sendiri,” jelas Didie panjang lebar mengenai pakej yang ditawarkan. Bagi yang berminat dengan pakej Let's Cruise With Lady Didie ini, tempahan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Amar Travel & Tours di www.amartravelandtours.com atau talian 03-2692 7979 (pembelian tiket) 03-2692 8080 (pertanyaan). Selain menerima tawaran menjadi pengacara dan berlakon, Didie juga sibuk menguruskan syarikat penerbitannya sendiri yang ditubuhkan sejak tahun 2003. Sebagai seorang penggemar fesyen, Didie juga mempunyai perancangan ingin membuka sebuah bisnes jenama fesyennya sendiri. Namun, sebagai permulaan, produknya akan dijual dalam talian. “Saya akan memulakan fesyen dengan jenama sendiri dan berkolaborasi bersama beberapa pereka fesyen yang dikenali. Antara produk yang akan dijual ialah seperti aksesori, kemeja-T dan kemeja edisi terhad. “Harganya pula tidaklah semahal mana dan ia mampu dimiliki oleh golongan biasa,” jelas Didie.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails