Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Diisytiharkan Muflis, Aweera Mahu Peminat Ambil Iktibar

Vokalis kumpulan Mojo iaitu Aweera, meminta orang ramai terutamanya golongan muda mengambil iktibar berhubung isu dia diisytiharkan muflis. Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 22, berkata, kejadian itu memberi pengajaran yang besar buatnya di mana dia tidak akan terpedaya dengan tawaran-tawaran melibatkan pinjaman bank lagi pada masa akan datang. "Apa yang telah berlaku ini memberikan pengajaran sangat besar buat diri saya. Walaupun ia berkaitan hutang lama, kesannya sampai bila-bila. "Selepas berita mengenai pengisytiharan saya muflis dipaparkan di media, saya harap orang ramai terutamanya golongan muda jangan mudah terpedaya dengan pelbagai skim pinjaman bank tanpa usul periksa. "Lebih-lebih lagi apabila kita tidak memiliki kewangan yang stabil atau rasa tidak yakin untuk membayar semula hutang," katanya.
Aweera ditemui pada majlis pelancaran lagu tema filem Vikingdom dan penyerahan anugerah platinum yang diterimanya sebanyak lima kali dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Nama Aweera hangat diperkatakan apabila dia diisytiharkan muflis sejak 11 Julai lalu dan dilaporkan dalam sebuah akhbar pada 4 Ogos lalu. Bekas peserta finalis One In A Million 3 (OIAM3) itu bagaimanapun enggan mengulas panjang berkenaan isu tersebut dan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Insolvensi mengenai hutang berkenaan. Tambah Aweera, berita dirinya muflis juga sedikit sebanyak membuatkan dia segan untuk berdepan dengan orang ramai namun akur dengan keadaan tersebut. "Perkara ini memang sangat peribadi. Apabila ia dihebohkan, rasa segan itu memang ada. tetapi nak buat macam mana? Saya hanya mampu berfikiran positif dan pandang ke hadapan serta berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails