Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Elfira belum lupa diri

HATINYA gundah gulana, jiwanya diselubungi rasa sedih tatkala cerita tentang dirinya yang dikhabarkan lupa diri mula diperkatakan umum. Tidak tahu di mana puncanya cerita tersebut boleh tersebar. Pintanya supaya cerita tak benar itu dihentikan segera. Tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk meninggi diri, Elfira enggan tahu apakah punca segelintir orang berterusan menuduh dirinya tanpa usul periksa. Dia masih seperti dahulu, sama seperti di awal kemunculannya. “Memang saya terkejut membaca cerita yang tersiar minggu lalu. Kalau nak ikutkan saya masih seperti dahulu, sama sahaja seperti mana saya mula bertapak dalam industri seni. “Tapi mengapa tiba-tiba sahaja orang berkata macam tu pada saya? Yang menjadi masalah mereka yang menyebarkan cerita tersebut khabarnya adalah orang yang rapat dengan saya. “Kalau dia rapat kenapa dia buat begitu pada saya? Kalau dia baik kenapa perlu nak sebarkan cerita pada orang lain kemudian terus memburukkan saya. “Jika benar orang itu sayang pada saya tak mungkin dia akan buat begitu pada saya. Saya lebih rela jika ada yang tampil ke depan dan cakap sendiri apa salah dan silap saya selama ini. “Saya bukan orang yang tak boleh terima teguran tetapi biarlah kena pada tempat," jelas pelakon yang berusia 19 tahun ini. Enggan terus melayan isu tersebut, pelakon yang terkenal menerusi drama Dalam Hati Ada Taman ini sedar dia tidak punya kuasa untuk memuaskan hati semua orang. Sebagai gadis yang dididik dengan akar budaya Melayu yang kuat, sudah pasti segala gerak-gerinya terikat dengan asas agama dan sosio budaya sebagai orang Timur. “Sejujurnya saya sendiri tidak boleh menilai diri sendiri. Saya tak tahu adakah tindakan saya selama ini salah di mata umum sedangkan saya ingat betul. “Sebab itu saya masih memerlukan teguran orang lain untuk menilai diri saya. Kalau boleh biarlah teguran tersebut dilakukan dengan cara yang betul. Tak salah berjumpa dan bercakap apa yang bersarang di hati mereka. “Seandainya ada yang benar-benar terasa hati dengan perbuatan saya selama ini apa lagi yang boleh saya katakan selain memohon ampun dan maaf," katanya sayu. Komen MENGIMBAS kembali perjalanan seni gadis ini sebenarnya merupakan cerita menarik untuk diperkatakan. Tidak banyak ranjau dan duri yang terpaksa dihadapi olehnya untuk sampai ke tahap ini, pengalaman yang ditempuhinya disimpan rapi buat bekalan masa hadapan. Meskipun begitu nama Elfira naik mendadak sejak dua tahun kebelakangan ini itu bukan jaminan untuknya membangga diri terutama dengan pelbagai tawaran berlakon yang tak putus-putus. “Saya anggap ini tahun transformasi saya kepada watak-watak yang lebih dewasa. Selama ini orang masih menganggap saya remaja mahupun kanak-kanak kerana variasi watak yang kurang pelbagai. “Tapi sejak akhir-akhir ini mereka mula buka mata dan percaya pada bakat lakonan saya. Sebab itu saya yakin inilah zaman peralihan untuk saya mengembangkan watak lain seperti yang diidam-idamkankan oleh sesiapa juga. “Memang tanggungjawab itu sedikit membebankan untuk menggalas watak isteri atau wanita yang lebih dewasa tetapi inilah cabaran menjadi anak seni," jelasnya yang baru sahaja pulang dari penggambaran telefilem Ketika Cinta Merintih di beberapa negara Eropah minggu lalu. Selain mengembara, dia juga bergandingan dengan pelakon Baim Wong menerusi telefilem Di Sebalik Khasyafmu yang turut menjalani proses penggambaran di sana. Jika ada yang ingat, duta kepada produk Maybelline ini acap kali diberikan peranan besar dalam setiap drama mahupun telefilem lakonannya. Menganggap semua itu merupakan rezeki atas kerja keras selama ini, sudah tentu dia bersyukur kerana diberi kepercayaan sebegitu besar. “Mungkin orang nampak pada bakat yang ada dalam diri saya dan mereka memberikan peranan besar selama ini. Kepercayaan orang perlu saya balas dengan memberikan lakonan mantap seperti pelakon lain. “Cuma sebagai pelakon biasa saya tidak dapat mengelak bila dihujani dengan komen-komen negatif yang datang daripada peminat. “Adat orang suka kita atau tidak tapi yang pastinya komen-komen mereka saya dengar. Yang benar saya ambil buat pengajaran tapi masih ramai yang hentam keromo kata saya bukan-bukan. “Sebab itu saya selalu keliru dengan sesetengah kritikan. Kita sudah memberikan yang terbaik tetapi apabila orang dah tak suka, dia tetap akan hentam kita walaupun tak ada apa berlaku. “Tapi tak mengapa sebab saya sudah lali dengan perkara-perkara tersebut," katanya ringkas.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails