Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Haliza Misbun mengaku bercinta dengan jejaka jutawan

Pelakon, Haliza Misbun, 40, hari ini mengakui sedang bercinta dengan seseorang yang boleh dikategorikan sebagai jutawan. Namun, bagi Haliza, cintanya kepada lelaki yang masih dirahsiakan itu bukanlah kerana harta, sebaliknya kerana sifat rendah diri yang dimiliki lelaki itu. "Saya mengakui memang sedang bercinta dengan seseorang, tetapi rasa cinta itu bukan kerana harta, sebaliknya kerana sifat rendah diri yang dimilikinya. "Mengenai langkah seterusnya, saya masih lagi mempertimbangkan. Saya sebenarnya takut terikat bila bercakap mengenai perkahwinan. "Maksud terikat itu bila saya membuat keputusan, saya risau kebebasan membuat keputusan sendiri akan tersekat," katanya yang ditemui di Publika, Damansara, di sini hari ini. Terdahulu, Haliza merasmikan novel terbaharunya bertajuk Cinta Rimau yang diterbitkan oleh Merpati Jingga. Haliza turut mengakui bahawa dia ada menerima hadiah sebuah kondominium bernilai RM2 juta sempena hari jadinya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails