Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hanez enggan dedah identiti lelaki misteri

DIAM tak diam ketika Hanez Suraya menegaskan untuk lari seketika daripada terikat dengan komitmen cinta mana-mana lelaki, terkini timbul pula khabar angin menyatakan pelakon itu sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identiti. Gosip itu mula tersebar apabila sebuah portal hiburan memaparkan beberapa keping gambar Hanez bersama jejaka tersebut ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini. Timbul tanda tanya akan pendirian Hanez yang terlalu cepat bertemu cinta baharu selepas putus kasih dengan penyanyi Awi Rafael beberapa bulan lalu. Kosmo! lantas menghubungi pelakon drama Autum Di Hatiku itu untuk mendapatkan komen lanjut mengenai spekulasi yang timbul. Kosmo!: Bagaikan tidak menjangka tiba-tiba muncul gosip mengenai Hanez sedang bercinta dengan seorang jejaka misteri. Siapakah lelaki itu dan apa komen Hanez mengenai gosip yang telah tersebar? HANEZ: Mana ada apa-apa. Dia kawan saya dan saya enggan mendedahkan lebih lanjut identitinya. Dia bukan orang dalam industri dan kami berkenalan melalui kawan. Bukan mahu berahsia tapi akibat keterbukaan saya sebelum ini telah memakan diri sendiri, jadi saya memilih untuk tidak berkongsi atau memperbesar-besarkan perkara ini. Cukup orang tahu kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Kenapa mahu berahsia lagi sedangkan gambar antara Hanez dan jejaka itu telah pun tersebar di internet? Bukan nak berahsia tapi saya tidak mahu terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi sebab boleh menjejaskan fokus saya. Lagipun, kami baru berkawan tidak sampai sebulan dan saya harap peminat faham. Takut nanti hubungan jadi separuh jalan lagi. Kalau bukan serius tidak mungkin dapat meluangkan masa bercuti bersama-sama ke Pulau Tioman? Itu bukan bercuti tapi saya sedang terbabit dengan penggambaran rancangan sukan ekstrem, Cool untuk siaran RTM. Saya bertindak sebagai hos dan dia datang ke sana pada hari terakhir penggambaran. Saya pun terkejut!
Cepat betul Hanez bertemu pengganti Awi Rafael padahal baru beberapa bulan berpisah? Hati saya masih terluka dan jujur saya akui saya belum bersedia. Tapi apa salahnya kalau dia betul-betul mahukan saya. Saya cuba membuka peluang untuk menerima orang lain dalam hidup saya. Bagaimanakah persediaan dia untuk menerima Hanez sebagai seorang artis yang pasti kisah cinta kalian akan menjadi perhatian suatu masa nanti? Saya sudah nasihatkan dia agar bersedia malah saya akui kami tidak sorok hubungan kami. Kami tetap keluar bersama-sama ke mana-mana dan dia tiada masalah. Dia tahu saya seorang selebriti. Sampai bilakah Hanez akan menyimpan penjelasan ini? Saya tidak mahu orang fikir saya seorang ‘player’ (gemar bertukar pasangan), lelaki boleh datang sekali petik jari. Saya bagi peluang untuk dia kenal diri saya dulu tapi saya tidak tahu adakah hubungan kami ke arah yang lebih serius. Ada sekeping gambar memaparkan Hanez dan lelaki itu berpelukan di tepi pantai dalam keadaan sangat mesra. Jika tidak serius mana mungkin sanggup bergambar sedemikian? Gambar itu dirakamkan secara kandid (tanpa sedar), saya tidak boleh tutup mulut orang untuk membuat spekulasi bukan-bukan. Apa yang boleh saya cakap, saya kenal dan tahu dia bagaimana. Tapi sampai bila Hanez mahu menyimpan rahsia hubungan itu? Apabila saya benar-benar sudah bersedia saya akan berkongsi dengan peminat saya. Lagipun, ini perkara baik tapi hubungan kami masih baru, malah ada yang tidak tahu saya telah putus cinta dengan Awi. Buat masa sekarang, kami sering keluar bersama-sama dan doakan yang terbaik untuk kami. Saya tidak mahu main-main lagi dalam perhubungan dan saya mencari lelaki untuk menjadi suami saya. Apakah kriteria yang dia ada sehingga membuatkan Hanez mahu meneruskan hubungan bersamanya? Kami kenal tiba-tiba dan dia tidak berputus asa untuk terus mencuba mengenali saya. Saya pernah menetapkan pendirian untuk tidak mahu mengenali mana-mana lelaki dalam masa terdekat dan karakter saya pun bertukar kasar. Saya takut juga apabila terlalu baik dia rasa ada peluang. Tapi jujur saya katakan dia seorang lelaki romantik!

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails