Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hans Isaac Mengaku Telefon Neelofa Setiap Hari

Selepas tamat tayangan filem Lemak Kampung Santan, nampaknya berita mengenai 'kisah cinta' antara Hans Isaac dan Neelofa juga semakin berkurang. Bagaimanapun menurut pengarah, penerbit dan juga pelakon ini, hubungannya dengan aktres juga pengacara jelita itu masih seperti biasa. Mereka masih berkawan baik. Malah Hans mendedahkan hampir setiap hari dia berbual dengan Neelofa menerusi telefon. "Selagi belum tiba tayangan Lemak Kampung Santan saya memang letak syarat yang saya dan Neelofa tak akan terima temuramah bersama-sama. Tapi bila filem itu hendak ditayangkan, untuk promosi, barulah kami bersetuju untuk sesi temuramah dan fotografi berdua. Syarat tersebut memang dah termaktub dalam kontrak. Tapi selepas tayangannya tamat, maka penampilan kami berdua pun selesai lah. "Tapi kami masih berkawan baik. Saya hubungi dia hari-hari. Kami tak cerita pasal kerja atau filem. Tapi kami selalu berbual tentang kehidupan", kata Hans kepada pihak media tatkala diajak berkongsi mengenai perkembangan hubungannya dengan Neelofa. Hans dan Neelofa mula rapat dan digosipkan bercinta sejak mereka berdua bergandingan dalam filem arahan Hans sendiri, Lemak Kampung Santan. Bagaimanapun sehingga kini kedua-duanya tidak pernah mengesahkan yang mereka menjalin cinta sebaliknya masing-masing menyatakan mereka sebagai sahabat baik. Dalam pada itu, Hans mmberitahu meskipun sambutan Lemak Kampung Santan kurang memberangsangkan di pawagam, namun berita buat penonton filem tempatan kerana filem tersebut kini boleh ditonton menerusi telefon dengan melayari laman web tonton.com.my ataupun di laman web ESCnow.com Bikin Filem Kontroversi?
Dalam perkembangan lain, walaupun Hans telah membuat keputusan tidak lagi mahu mengarah ekoran kecewa dengan sistem industri perfileman tanah air, namun dia kini sedang merancang untuk menghasilkan sebuah filem berkisar sebuah kisah benar dan mistik. Tetapi Hans memberitahu filem berkenaan bakal menjalani penggambaran pada Februari tahun depan di Singapura dan akan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan filem millik seorang rakannya di sana. "Saya akan hasilkan sebuah filem tapi penggambarannya akan dijalankan di Singapura pada Februari tahun depan. Filem ini memang tak akan ditayangkan di sini sebab saya dapat rasakan yang filem tu nanti pasti akan ada pemotongan. "Jadi saya tak mahu filem ini dipotong, itu juga sebab saya akan jalankan penggambaran di Singapura kerana di sana lebih bebas. Lagipun saya hasilkan filem tersebut untuk tontonan antarabangsa dan mensasarkan untuk membawa ia ke festival filem seperti Festival Filem Cannes", tuturnya yang juga tidak menolak andaian filem tersebut mungkin mencetuskan kontroversi sekiranya ia ditayangkan di Malaysia. Menurut Hans lagi, filem bergenre drama itu diberi judul Carmina iaitu sempena nama ibunya. Ia berdasar satu peristiwa yang dialami Hans sendiri ketika pemergian ibunya yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu akibat penyakit kanser. Bagaimanapun Hans berkata dia tidak mungkin turut berlakon dalam filem tersebut sebaliknya akan mencari seorang pelakon yang benar-benar layak menghidupkan watak sebagai dirinya. "Filem ni tentang ibu saya dan satu peristiwa yang berlaku pada saya. Tapi saya rasa saya tak mungkin akan berlakon dalam filem ni. Tapi saya akan cari seseorang yang kenal sangat dengan saya, yang kenal ibu saya dan yang boleh melakonkan watak diri saya dengan ikhlas", katanya. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails