Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hidup Semakin Baik, Rasa Macam Bujang - Noniswara

Sejak bercerai pada Julai lalu, dramatis Noniswara memberitahu hidupnya kini bertambah baik. Meskipun kini beliau status ibu tunggal, namun ia langsung tidak membataskan ibu kepada tiga anak ini untuk aktif dalam dunia lakonan walaupun terpaksa membahagikan masa antara di set penggambaran dan tumpuan pada anak-anaknya, Naveer Mihshon, (19 tahun) Nur Arysha Amyra, (14 tahun) dan Nazeer Danish, (7 tahun). Malah kata aktres yang mesra disapa dengan panggilan Nonis ini, setiap kali bila tiba giliran anak-anaknya bersama bekas suami, dia pula terasa seperti hidup bujang. Dia bebas melakukan apa saja dan kerana itu juga dia boleh menumpukan pada lakonan. "Alhamdulillah, hidup saya bersama anak-anak semakin baik. Segala perkara yang tersangkut dah selesai. Hidup mesti diteruskan. Saya sentiasa menciptakan suasana gembira untuk anak-anak saya. "Soal uruskan rmah pun saya dah biasa buat sendiri. Sebab kalau dulu pun (semasa bersuami) memag saya yang lebih banyak buat keputusan dalam hal menguruskan anak-anak, suami hanya menasihatkan saja. Jadi bia sekarang, tak lah rasa kekok sangat nak uruskan semua perkara seorang diri. "Saya pun bergilir-gilir jaga anak-anak dengan bekas suami. Itu yang saya boleh tunpukan pada lakonan. Kalau tiba giliran anak-anak balik ke rumah bekas suami saya, kadang-kadang tu saya rasa macam hidup bujang pula. Iyalah, kat rumah tak ada suami dan anak-anak", tanya sambil berseloroh.
Nonis ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bertempat di Saloma Bistro, semalam. Pada 18 Julai lalu, ikatan perkahwinan selama lima tahun pelakon berusia 44 tahun ini dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56 tahun, terlerai apabila mereka disahkan bercerai secara taklik. Dalam pada itu mengenai perkembangan seni, pada hujung bulan ini Nonis bakal sibuk di set penggambaran drama bersiri terbitan TV3. Sambil-sambil itu, dia juga sibuk menguruskan perniagaan tradingnya secara kecil-kecilan. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails